
Tetapi selepas menyertai semula Umno, beliau sering dijadikan kuda tunggangan BN untuk melanyak Anwar dipentas biru karat yang satu ketika dahulu pernah dimaki hamunnya. Mengunakan nada suara yang seakan Anwar ceramah beliau menjadi modal untuk BN menyerang Pakatan. Namun, Pakatan kenal siapa Ezam.
Perjuangan pendeknya bersama Umno yang baru nak mencecah dua tahun akhirnya dibayar dengan ganjaran jawatan Senator. Melalui pintu belakang pejabat Najib, budak suruhan BN ini dilantik ke Dewan Negara bagi membakar kehangatan Parlimen yang kini tidak pernah sepi dari hiruk pikuk wakil-wakil rakyat yang bersabung sepanjang musim perbahasan.
Nampaknya peluang Ezam untuk kembali bertanding Pilihanraya cerah dan tidak mustahil BN akan mempertaruhkan beliau dalam PRU-13 bagi kerusi Shah Alam atau kawasan lain. Saya tidak nafikan semangat mudanya begitu berguna kepada BN untuk menarik ahli-ahli PKR untuk kembali menyokong BN. Beliau jugalah antara orang-orang yang begitu giat menarik ahli-ahli dan pimpinan PKR untuk tinggalkan parti itu.
Ular dalam sangkar atau dalam semak, sama sahaja…tapi Ezam lebih dahsyat lagi. Jika beliau boleh khianati Tok Gurunya-Anwar…siapalah Najib yang kini menjadi tokey yang jaga periuk nasinya.
Jangan terkejut jika Najib selepas ini juga akan meletakan Ezam sebagai calon untuk mencabar kerusi Ketua Pemuda Umno yang disandang Khairy sekarang….siapa tahu, semua ini berlaku kerana Najib begitu suka memelihara orang-orang yang pernah rapat dengan Anwar sebelum ini. Tanyalah Zahrain dan Zulkifli, dah berapa banyak seluar dalam yang mereka kongsi dengan Najib demi untuk menunjukan bahawa mereka kita sudah menjadi pembenci Anwar….
Apa pun jua, kepada Ezam…selamat menajdi ‘Senator Kotak’
http://syukran.wordpress.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan