"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mahkamah Tinggi bebas Gobalakrishnan

Hashim Abdullah
SHAH ALAM, 30 April:
Mahkamah Tinggi Shah Alam membebaskan Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan atas tuduhan menggunakan kekerasan semasa menyertai perhimpunan Hindraf pada tahun 2007.

Menurut peguamnya, Ahmad Nizam Abdul Hamid ketika menghubungi Harakahdaily selepas perbicaraan pagi tadi berkata Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Mohd Yazid Mustapa membebaskan N Gobalakrishnan dalam rayuan perbicaraan yang dipohon oleh Jabatan Peguam Negara setelah tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Majistret menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM 1,000 kepada Gobalakrishnan dalam perbicaraan pada tahun 2009.

“Gobalakrishnan dituduh di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan kerana dikatakan melakukan kekerasan jenayah kepada pegawai polis.

“Hasil daripada keputusan mahkamah ini, N Gobalakrishnan kekal sebagai Ahli Parlimen Padang Serai dan tiada pilihan raya kecil bagi kerusi parlimen tersebut,” katanya.

1 ulasan:

madbi berkata...

tengok....... kan amno dah kata, mahkamah dan hakim bukan dikuasai amno.....!!!!