
Kemenangan ini langsung tidak menggugat Pakatan Rakyat (PR) khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR). Sepatutnya dengan pengumuman keluar Parti oleh pimpinan dan ahli PKR dan dengan operasi membeli undi dan RM165 juta yang ditabur serta dijanjikan oleh BN tiada undi yang patut diperolehi oleh PKR. Sebaliknya PKR terus mendapat jumlah undi yang lebih dari keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) yang ke-12. Hakikatnya Umno / BN hanya mampu mendapat kemenangan berasaskan kepada penipuan yang dikongsi bersama Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) seperti pembuangan lokaliti mengundi yang berjumlah 200 orang pemilih yang dikeluarkan dari senarai yang sepatutnya membuang undi di Hulu Selangor ,pemindahan nama pemilih dari tempat mengundi sebelum ini yang berjumlah 13,000 adalah contoh penipuan yang terancang yang dikongsi bersama SPR. Begitu juga dengan kekuatan kuasa rasuah yang mengguna wang negara dan rakyat untuk kepentingan politik mereka.
Namun pemimpin Umno / BN mendabik dada mengatakan rakyat mula beralih kembali menyokong mereka. Yang aneh mereka mendakwa kemenangan itu kerana kejayaan Datuk Seri Mohd Najib Razak membawa perubahan yang meyakinkan. Datuk Seri Najib kononnya dianggap lulus ujian. Pada hal kemenangan ini ibarat seperti murid sekolah yang lulus peperiksaan tapi dengan cara meniru waktu menjawab kertas peperiksaan. Macam itulah juga dengan PRK di Hulu Selangor dengan cara menipu dan merasuah.
DATUK HAJI MAHFUZ HAJI OMAR
Naib Presiden PAS.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan