Assalaamualaikum dan salam hormat.
Ura-ura 100 ulama hebat menyertai UMNO sangat menarik perahatian penulis. Dengan penyertaan 100 lagi ulama tentunya UMNO tidak akan tersalah lagi dalam apa juga tindakannya. Dan MP UMNO tidak akan berkata lagi melesenkan judi akan membendung judi haram.
Penulis menyokong tidak membangkangpun tidak. Itu hak mereka Dan pastinya ia akan menyebabkan UMNO berubah dengan kawalan fatwa 100 ulama ini. Ada yang mempunyai Phd dan mungkin ada yang mempunyai bahtera.
Menyertai kerajaan banyak kelebihannya. Boleh berceamah di TV, boleh berforum dan boleh sahaja berkata apa juga walaupun janggal. Yelah siapa yang boleh menghalang.
Berbanding menyertai pembangkang seperti PAS apa dapat. Dapat gas pemedih mata adalah. Dapat juga sekatan mendapatkan wang. Masuk TV dan radio serta berceramah ke sana sini akan dibayar orang. Jadi kalau di pehak pembangkang mana ada semua itu. Apatah lagi kalau susah dapat permit mengajar atau berceramah macam yang dialami Dr. MAZA dikejar JAIS. Mana mau cari makan. Takkanlah balik dari university Madinah nak menorah getah pula.
Dan lagi kalau dalam kerajaan selamat banyak bukan selamat sikit. Kalau ada ulama lain menentang dengan hujah, tak dapa jawab dengan hujah gunakan mahkamah, saman aja atas dakwaan menjatuhkan maruah. Kalau dipehak pembangkang susahlah nak menang apatah lagi kalau mendiang Sebastian Paul jadi hakim.
Namun penulis akan menanti dengan penuh minat apakah benar ia akan berlaku. Kerana ia belum lagi diumumkan. Dan dah ada yang mula memberikan amaran jangan buat spekulasi. Nak saman agaknya tu.
Dan penulis juga menanti jika ia benar, apakah 100 ulama ini akan memfatwakan perbuatan melesenkan judi juga haram sebagaimana haramnya judi itu. Atau hanya copy right perkataan Mufti Perak “Kami dah cakap tapi kerajaan tak mahu dengar, kami nak buat apa”…mudah banget tuh.
Wassalam.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan