MELAKA TENGAH: Hasrat seorang murid perempuan berumur 11 tahun mahu bertemu teman lelakinya di sebuah jeti di Umbai, dekat sini, berakhir dengan pengalaman hitam apabila bekas kekasih dan lima rakannya memperkosanya di sebuah rumah di Umbai di sini, 29 Jun lalu.
kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa dan teman lelakinya yang bersiar-siar di jeti ikan bakar itu dibawa enam lelaki ke sebuah rumah yang tidak bernombor berhampiran kawasan jeti berkenaan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asistan Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, pada mulanya mangsa dan teman lelaki tiba-tiba disergah enam lelaki dan salah seorang daripada mereka ialah bekas kekasih mangsa.
“Enam lelaki terbabit yang berumur antara belasan tahun hingga awal 20-an kemudian membawa mangsa dan teman lelakinya di sebuah rumah tidak jauh dari kawasan itu dengan menaiki sebuah kereta.
“Di rumah itu, mangsa mendakwa dia diperkosa tetapi tidak ingat berapa orang, sementara teman lelakinya tidak berada di situ, berkemungkinan di luar rumah atau di bilik lain,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Kontinjen Polis di sini, hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan