"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Skandal video seks: Luna Maya, Cut Tari minta maaf

JAKARTA, 9 Julai: Luna Maya dan Cut Tari, dua selebriti wanita yang berhadapan dengan kontroversi rakaman adegan seks, yang kini tersebar luas menerusi ruangan siber, meminta maaf kepada peminat dan anggota keluarga mereka.

Walaupun Luna Maya dan Cut Tari berbuat demikian pada temu bual media berasingan semalam tetapi tidak mengaku sama ada wanita dalam rakaman video yang tersebar sejak awal bulan lalu itu adalah mereka.

Mereka dirakamkan mengadakan hubungan seks yang menjadi kecaman pelbagai pihak dengan popstar Nazril “Ariel” Irham.

Ariel kini ditahan pihak berkuasa Indonesia di bawah Akta Antibahan Lucah 2008.

Dia ditahan sebagai suspek mengedar rakaman itu.

Ditemu bual saluran televisyen Metro TV, Luna Maya yang dikatakan sebagai teman wanita Ariel memohon maaf “atas kesemua berita tidak senonoh mengenai saya.”

“Saya ingin memohon maaf kepada anggota keluarga saya dan kepada setiap orang,” kata Luna Maya.

“Saya berharap perkara ini akan selesai secara baik dan tiada sesiapa yang menjadi mangsa kes ini,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Cut Tari juga bercakap kepada beberapa organisasi media pada sidang media yang diadakan di firma peguamnya Hotman Paris Hutapea di sini.

“Saya mahu meminta maaf kepada suami saya dan ingin mengucapkan terima kasih atas sokongan dia ketika saya berhadapan dengan masalah ini,” kata Cut Tari dalam suara sedih.

“Berhubung urusan perundangan, saya serahkan kepada polis kebangsaan dan peguam saya. Saya berharap saya akan terima hidayah (panduan) selepas kes ini,” katanya lagi.

Pihak polis belum mengenakan pertuduhan ke atas Cut Tari dan Luna Maya tetapi kedua-dua telah dinamakan sebagai saksi dalam kes terhadap Ariel.

Jurucakap polis kebangsaan Insp. Jen. Edward Aritonang berkata, polis akan menentukan minggu ini sama ada kedua-dua artis itu akan dikategorikan sebagai suspek ataupun kekal selaku saksi dalam kes ini.

Laporan forensik pula dikatakan telah mengesahkan imej dalam rakaman itu adalah Cut Tari.

“Kami sudah pasti wanita dalam salah satu rakaman video ialah Cut Tari,” kata pakar itu yang enggan namanya didedahkan.

Sejak rakaman video itu muncul Luna Maya telah kehilangan kontrak sebagai duta syarikat pengeluar sabun Lux.

-malaysianinsider-

Tiada ulasan: