"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ibu Terkilan Siasatan Kematian Anak Belum Selesai

Ibu kepada mangsa tembakan polis, Mohd Afham Arin berasa terkilan kerana setakat ini kertas siasatan anaknya masih belum dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Johor.

Sapiah Md. Elah, 52, merayu kematian anaknya disiasat oleh suruhanjaya bebas kerana beliau meragui penjelasan yang diberikan pihak berkuasa.

“Saya minta undang-undang buatlah yang telus sedikit untuk anak saya dan mengadili anak saya dengan seadil-adilnya dan memberishkan nama anak saya Afham, jadi saya harap Ketua Polis Negara bersikap telus atas kematian anak saya. Sebenarnya anak saya bukannya penjenayah, peragut atau perompak yang digembur-gemburkan oleh berita itu. Saya tahu anak saya tidak akan berbuat lebih daripada itu dan diba membeli motosikal itu atas nama anak saya tetapi duit saya yang berikan, saya yang bekerja.

“Jadi setakat ini belum ada lagi siasatan pada makcik, cuma dia cakap hanya ada percakapan sahaja, itu sahaja dan tidak lebih daripada itu.Selebihnya saya akan serahkan kepada peguam saya,” katanya.

Beliau berkata satu siasatan adil dan telus perlu dilakukan secara adil bagi membersihkan nama anaknya.

“Jadi saya mintalah badan-badan berkenaan untuk mengadili anak saya dengan seadil-adilnya dan hukumlah pesalah kepada anak saya seadil-adilnya, dan saya mahu bersihkan nama anak saya,” katanya.

Sementara itu, abang mangsa, Azri Arin turut sama melahirkan rasa kecewa dengan laporan tersebut dan meminta pihak polis mendedahkan laporan penyiasatan tersebut dengan segera bagi membersihkan nama adiknya.

Azrin berkata biarpun peguam adiknya sentiasa cuba mendapatkan maklumbalas berhubung laporan itu tetapi sehingga kini tetapi masih tidak ada apa-apa jawapan daripada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) untuk tindakan lanjut.

“Kita ada telefon mereka untuk mendapatkan maklum balas, setiap minggu peguam saya ada tanya macam mana proses, dia kata polis masih lagi belum siap lagi siasatan, kita tunggu lagi apa dia buat, tiba masa bila peguam saya minta tetapi tiada. Belum siap, jadi bagaimana? Adakah undang-undang polis itu dia tidak tahu atau kita tahu tetapi dia permain-mainkan, jadi bagaimana?

“Apa kita sebagai rakyat biasa ini perlu hidup dalam ketakutan, polis boleh tembak sesuka sahaja dan kemudia pun boleh tutup kes macam itu sahaja.”

Kes tembak sesuka hati oleh anggota polis di negara ini mencatatkan rekod peningkatan yang tinggi dari semasa ke semasa," katanya.

Tiada ulasan: