"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Karpal: Penasihat undang-undang berkecuali mustahil

Langkah untuk melantik penasihat undang-undang yang 'berkecuali' di negeri-negeri Pakatan Rakyat akan menemui jalan buntu kecuali perlembagaan negara dipinda.

Menurut peguam Karpal Singh, penasihat undang-undang adalah sebahagian daripada cabang Pejabat Peguam Negara dan ia diperuntukan di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Judisial dan Perundangan (JLSC) mengikut Artikel 144, perlembagaan persekutuan.

“Jadi, saya tidak fikir kerajaan negeri boleh berbuat apa-apa mengenainya. Ia adalah lantikan persekutuan yang ditentukan oleh Peguam Negara sendiri,” kata Karpal.

Beliau berkata negeri-negeri Pakatan Rakyat hanya boleh melantik penasihat perundangan mereka sendiri dengan meminda perlembagaan.

Karpal yang juga ahli parlimen Bukit Gelugor, hanya apabila penasihat undang-undang tidak terikat dengan JLSC maka negeri bboleh melantik calon pilihannya.

“Tetapi sudah tentu ia tidak adil bagi kerajaan negeri kerana penasihat undang-undang dilantik oleh Peguam Negara atas dasar peribadi.

“Ini bermakna A-G boleh melihat semua perkara berhubung undang-undang negeri,” katanya.

Karpal juga berkata penasihat undang-undang mungkin menghadapi konflik kepentingan jika berlaku percanggahan antara kerajaan persekutuan dan negeri.

P

ada 29 Jun lalu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan negeri-negeri Pakatan Rakyat akan melantik penasihat undang-undang mereka sendiri dan memberhentikan amalan sekarang yang mana jawatan berkenaan diisi oleh perwakilan daripada Pejabat Peguam Negara.

Penasihat undang-undang di negeri-negeri Pakatan Rakyat sejak pilihan raya umum 2008 seringkali bertindak dan membuat keputusan yang bercanggah dengan kerajaan negeri. Paling ketara, ia berlaku di Perak sebelum kerajaan negeri Pakatan ditumbangkan.

Di Selangor pula, penasihat undang-undang negeri didakwa melenggahkan hasrat kerajaan negeri menjadikan dokumen konsei perjanjian air sebagai dokumen awam.

-malaysiakini-

Tiada ulasan: