"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Chegubard, ahli MPP PKR ditahan polis N9

KUALA LUMPUR, 9 Julai: Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Badrul Hisham Shaharani atau dikenali sebagai “Chegubard” ditahan polis ketika hendak mempengerusikan mesyuarat PKR bahagian itu malam ini.

The Malaysian Insider difahamkan beliau ditahan kira-kira 15 anggota polis di Rembau.

Sebab beliau ditahan belum diketahui.

“Badrul ditahan semasa hendak mempengerusikan mesyuarat bahagian (PKR) dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban,” kata seorang pegawai PKR bahagian itu kepada The Malaysian Insider.

Dalam pada itu, Pengarah Strategi PKR Tian Chua juga mengesahkan perkara menerusi twitternya.

“Baru nak mempengerusikan mesyuarat cabang Rembau sekumpulan 15 orang polis serbu dan ambil Chegubard, kini ditahan dan dibawa ke IPD Seremban,” katanya.

Tiada ulasan: