"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

BERSIH tiada lagi niat berdemo

Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (BERSIH) 2.0 kembali semula selepas dua tahun melakukan pembersihan dirinya daripada parti politik, dengan ikrar untuk tidak lagi turun kejalanan untuk mencapai matlamatnya.

Dan langka
h pertama BERSIH ialah menyerahkan memorandum yang menyenaraikan 15 cadangan pembaharuan pilihan raya kepada
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pagi ini.

Antara cadangan tersebut ialah mendesak SPR mengambil semua langkah yang boleh untuk mendaftar lebih empat juta pengundi baru di seluruh negara.

Pengerusi BERSIH, Datuk Ambiga Sreenevasan berkata mereka menerima banyak aduan mengenai halangan untuk mendaftar pengundi baru, dan ianya merupakan tanggungjawab SPR untuk membantu mereka mendaftar pengundi.

BERSIH 2.0 juga menuntut supaya setiap aduan mengenai kesalahan pilihan raya disiasat dan tindakan diambil jika kesalahannya terbukti.

"
Saya percaya ada kuasa yang mencukupi (di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya) dan saya percaya undang-undang cukup jelas yang merangkumi beberapa kes kesalahan pilihan raya," katanya selepas menyerahkan memorandum itu kepada SPR.

Persoalannya, tegas beliau, ialah sama ada pihak berkuasa akan mengambil tindakan, sambil menegaskan bahawa tiada guna mempunyai akta kesalahan pilihan raya jika ianya tidak dikuatkuasakan.

Ambiga (
atas, kanan), yang juga bekas pengerusi Majlis Peguam, berkata memorandum itu adalah sebahagian daripada matlamat gabungan itu untuk mengadakan dialog dengan semua pihak terbabit, terutamanya SPR.

Menu
rutnya, BERSIH 2.0 yang kini bersih daripada pengaruh parti politik, tidak mempunyai niat untuk mengadakan perhimpunan besar seperti sebelum ini, tetapi sebaliknya memberi tumpuan kepada usaha mendidik rakyat.

Mengisytiharkan BERSIH 2.0 sebagai murni apolitis, dia mengatakan bahawa mereka tidak berniat memegang aksi unjuk rasa besar seperti yang dilakukan sebelumnya, berfokus pada pendidikan awam.

"Jika ada orang yang bersedia untuk berbincang dengan kami dan membawa perubahan, maka tidak perlu untuk mengadakan perhimpunan. Kami mahu berbincang, baik dengan pembangkang dan kerajaan BN," katanya.

Beliau menegaskan bahawa BERSIH 2.0 akan menjadi sepenuhnya gerakan awam, manakala parti politik tidak diterima untuk menyertainya.

Tiada ulasan: