"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mufti Chua Soi Lek Bersuara Kerana Mufti Harussani Bacul

ramziredang
Sebenarnya Chua Soi lek tidak salah sedikitpun bila mempersoalkan kenapa negara Islam banyak berlaku rasuah dan segala kepincangan. Ini kerana negara negara Islam yang lainpun juga mempunyai mufti yang sama perangai dengan mufti negara malaysia. Di negara Islam lainpun ada mufti 'harussani' versi negara masing masing. Mereka hanya berani bersuara sesuatu isu yang memberi keuntungan kepada ulil amri. Pada masa yang sama dapat mengenyangkan perut buncit mufti mufti tersebut.

Sebenarnya persoalan yang diutarakan oleh Chua soi lek sebenarnya bukanlah satu persoalan, tetapi sebenarnya adalah satu jawapan. Jawapan bahawa itulah realiti yang berlaku kepada dunia Islam hari ini bila para alim ulamanya lebih rela menjual agama demi kepentingan duniawi.

Siapakah yang paling layak bersuara tentang persoalan agama dalam sesebuah negara? Tentu sekali para mufti, alim ulama dan para cendikiawan Islam. Jadi apakah mereka mereka ini terutamanya mufti telah benar benar bersuara? Tidak, mereka telah bertukar rupa menjadi syaitan. Syaitan yang memutar belit ayat ayat agama untuk membenarkan para ulil amri berlaku zalim dengan sewenang wenangnya. Mereka menjadi syaitan bisu bila ulil amri membuka pintu pintu maksiat.

Mereka tidak merasa sensitif dan tidak tercabar sedikitpun bila kafir laknat seperti Chua soi lek berani mengambil alih peranan mereka. Apakah Chua soi lek merasa gerun untuk berkata kata masalah berkaitan Islam sedangkan dia tidak faham pasal Islam? Tidak, dia tidak merasa gerun dan tidak akan merasa gerun sedikitpun kerana dia menyedari orang seperti harussani tidak ada intergriti untuk memarahinya.

Anda ada dengar komen dari Harussani terhadap Chua sehingga hari ini? Tidak bukan?dulu kini dan selamanya akan tidak. Kerana harussani dan chua soi lek adalah taat di bawah satu payung ulil amri. Ulil amri yang chua taat itulah juga ulil amri yang harussani taat.

Dan, ulil amri yang harussani taat ini tidak pernah memberi tugas kepada mufti untuk membetulkan segala kepincangan dalam negara, apatah lagi untuk memberi tugas dakwah kepada kafir laknat seperti Chua soi lek. Malah jangan sekali kali mengharapkan mufti harussani berdakwah supaya isteri pembesar negara menutup aurat, apatah lagi ingin menyuruh kerja kerja yang lebih besar. Tentu sekali kecut perut harussani disergah oleh isteri pembesar negara.

Lupakah kita harussani pernah bersuara bila pemimpin DAP membaca ayat quran? Nah, jelaslah di situ, mufti ini hanya akan menyalak bagi pihak pemerintah.

Sepatutnya, pada saat inilah mufti harus tinggalkan UMNO kerana UMNO bersengkokol dengan MCA yang jelas ingin memijak mijak Islam. Mereka tidak pernah mengambil peluang untuk memberi kefahaman Islam kepada parti kafir laknat yang menjadi gabungan mereka malah untuk menegur mereka pun tidak berani walhal mereka dengan jelas telah mempersendakan tugas mufti.

Sebuah Hadith yang diriwayatkan oleh Anas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:"ulama itu ada tiga jenis. Pertama orang yang alim yang hidup dengan ilmunya (mengamalkan dengan ilmunya) dan masyarakat juga hidup dengan ilmunya. Kedua orang alim yang masyarakat dapat mengambil manfaat dengan ilmunya tetapi dia sendiri membinasakan dirinya (dengan tidak mengamalkan ilmunya). Ketiga orang alim yang hidup dengan ilmunya tetapi orang lain tidak dapat mengambil manfaat dari ilmunya.

Patutlah Imam Al Ghazali pernah menggariskan ciri ciri ulama: perjalanan seorang ulama’
dan juga adat mereka pada menyeru ke arah kebaikan dan
mencegah kemungkaran,
kurangnya mereka bergaul dengan pihak pemerintah dan akan tetapi mereka
menyerahkan kepada kuasa Allah Taala untuk mengawasi
mereka, mereka redha dengan ketetapan Allah Taala
supaya dianugerahkan kepada mereka syahadah di jalanNya. Ketika mereka mengikhlaskan niat kerana Allah maka kalam-kalam mereka memberi kesan pada hati yang keras maka dengannya lembutlah hati dan hilanglah kekerasannya.

Banyak kisah kisah ulama terdahulu tersangat takut untuk bersengkokol dengan pemerintah, seperti adanya kisah abu nawas, Hazim dan macam macam kisah lagi. Ternyata dari zaman harun ar rasyid lagi, ulama dijemput bersengkokol dengan pemerintah semata mata untuk menghalalkan segala kemungkaran yang dilakukan oleh mereka.

Hingga ada ketika ulama yang bernama Hazim membakar sebuah unggun api yang besar di hadapannya, lalu menyuruh pemerintah harun ar rasyid masuk merempuh ke dalam api tersebut jika khalifah benar benar ingin dia menjadi mufti negara. Suatu ibarat betapa besarnya fitnah menjadi mufti, jalan neraka jelas luas terbentang bila seseorang menjadi mufti.

Maka jelaslah kepada kita, kenapa mufti mufti hari ini berani menjual agama demi kesenangan duniawi. Juga jelas kepada kita kenapa segerombolan pemuda yang melabelkan diri mereka ulama muda, sanggup masuk UMNO, di saat isu UMNO menghalalkan judi sedang panas.

Mereka semua tidak ubah seperti sekumpulan serigala serigala lapar, yang meleleh airliur mengharapkan kesenangan hidup di bawah ulil amri yang redha kepada maksiat dan pada masa yang sama Islam di dada mereka sanggup mereka dagangkan.

Tiada ulasan: