"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Senarai Hitam Kerana Saman Ekor Bertentangan Dengan Perlembagaan Persekutuan

Salmiah Drahsin
12 Ogos: Pengerusi Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (KASE), Datuk Mahfuz Omar menyifatkan keputusan kabinet yang tetap akan menyenarai hitam nama pesalah jalan raya pada Februari 2011 sebagai mencabar Perlembagaan Persekutuan.

Bercakap kepada Tv Selangor, Mahfuz berkata, keputusan kerajaan itu nyata bersifat angkuh dan melanggar fasal 13 yang melarang kerajaan menghalang rakyat menggunakan harta-benda milik mereka.

"Ini menunjukkan bahawa kerajaan seolah-olah mengatasi Perlembagaan. Mana boleh. Kerajaan mesti akur terhadap Perlembagaan. Perlembagaan mengatakan tidak ada yang boleh disenarai hitamkan. Hendak senarai hitam boleh tetapi tidak boleh menghalang orang memperbaharui cukai jalan"

Beliau berkata deminikian ekoran dari keputusan Kabinet semalam untuk menarik balik tindakan menyenarai hitam kesalahan di jalan raya buat sementara waktu bagi membolehkan orang ramai memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan bermula semalam sehingga 28 Februari 2011.

Tindakan nekad kerajaan yang akan menyenarai hitam setelah tarikh yang ditetapkan berakhir awal tahun hadapan membuktikan, bahawa kerajaan kini mengisytiharkan perang terhadap Perlembagaan Malaysia dan keputusan mahkamah.

Mahkamah pula memutuskan bahawa perbuatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan polis yang menyenarai hitam senarai kenderaan yang tidak membayar bayaran kompaun dan sebagainya adalah satu kesalahan.

"Maknanya keputusan yang penuh dengan keangkuhan walaupun tidak bersedia untuk menyatakan mereka akur terhadap suara hari rakyat yang berkehendakkan senarai hitam itu dimansuhkan terus senarai hitam itu"

Sebelum ini mahkamah di dalam kes Leonard Lim Yaw Chiang lawan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak & Anor pada 2009 secara jelas menyatakan bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan tidak boleh menyenarai hitam kenderaan semata-mata dengan saman ekor.

Ini kerana, tindakan menyenarai hitamkan kenderaan atas sebab saman ekor adalah bertentangan dengan seksyen 17 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan merupakan satu perlanggaran kepada Artikel 13 Perlembagaan Persekutuan.

"Maknanya keputusan yang penuh dengan keangkuhan walaupun tidak bersedia untuk menyatakan mereka akur terhadap suara hari rakyat yang berkehendakkan senarai hitam itu dimansuhkan terus senarai hitam itu"

Tiada ulasan: