"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

“Nota Terakhir “ : Arahan Najib Atau Inisiatif Ghani Patail ?

ulitmayang
Kata orang tua – tua ‘untung sabut timbul , untung batu tenggelam’. Ikhitiar dan usaha mesti diteruskan. Walaupuan apa cara nya , pilihan – pilihan yang ada mesti digunakan. Jangan sekali – kali dikaitkan dan disabitkan dengan soal – soal keadilan atau kebenaran. Buang semuanya jauh – jauh.

Pokok dan matlamatnya mestilah jelas. Itu saja.
Barangkali ‘nota terakhir’ yang dikatakan ‘wujud’ di peringkat akhir inkues TBH ini adalah usaha – usaha terakhir pihak – pihak yang ‘berkenaan’ untuk akhirnya menjustifikasikan bahawa ini adalah kes bunuh diri. Maka selamatlah semua mereka yang terlibat di dunia ini.

Dalam hal ini , samada ini adalah arahan Najib atau inisiatif tersendiri Ghani Patail adalah tidak penting , kerana kedua – duanya memang dalam satu team. Kata orang saling berkait rapat , erat sekali hubungannya , bertaut rapat bagai isi dengan kuku , malah saling sokong menyokong diantara kedua – duanya.

Berita berkaitan seperti di bawah.

Keluarga mendiang Teoh Beng Hock melahirkan “rasa tidak puas hati, marah dan kecewa” berhubung tindakan Peguam Negara untuk mengemukakan satu nota misteri sebagai bukti ketika inkues bagi menentukan kematian pembantu politik itu hampir kepada penghujungnya.Dalam satu kenyataan keras yang dikeluarkan di Melaka, keluarga Teoh berkata tindakan Peguam Negara itu amat dicurigai dan menggesa kerajaan mendapatkan pakar tulisan bagi menentukan ketulenan nota berkenaan.

"AG tidak melihat penderitaan kami. Hampir lebih setahun, kami terpaksa berulang-alik dari Melaka ke Shah Alam untuk menghadiri inkues berkenaan,” petik kenyataan itu.

"Jika inkues dimulakan semula, bagaimana kami sebagai satu keluarga mampu melalui penderitaan ini sekali lagi? Adakah AG sengaja cuba menghalang kami daripada menjalani kehidupan seharian?”

Menurut keluarga Teoh, AG memaklumkan bahawa pejabatnya telah memiliki nota berkenaan sejak Oktober tahun lalu tetapi mengapa nota itu tidak dirujuk kepada ahli keluarga Teoh, mahupun peguam mereka.
"Kami menghadiri inkues itu sepanjang tahun. Mengapa mereka tidak memohon bantuan kami? AG hanya mencari alasan (untuk melenggah-lenggah),” kata keluarga itu.

Keluarga Teoh juga mengulangi dakwaan bahawa tulisan dan tandatangan pada nota itu adalah berlainan berbanding yang dimiliki Teoh.

Pada 9 Ogos lalu, inkues yang sedang berlangsung ditangguhkan kepada 18 Ogos, selepas perbincangan semua pihak terbabit di kamar koroner.

Ia dipercayai berhubung spekulasi terdapat nota yang didakwa tinggalan daripada Teoh yang merupakan 'bukti terakhir'.
Nota Terakhir : Keluarga Nafi Tulisan , Tandatangan Teoh

Tiada ulasan: