"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Seorang lagi bekas pemimpin bakal didakwa?

Seorang lagi bekas pemimpin negara diuar-uarkan akan didakwa hari ini.

Khabar angin itu menyaksikan wartawan dan jurugambar bekejar ke bangunan Mahkamah Sesyen Putrajaya sejak jam 9 pagi lagi.

Ketika ini, tidak kurang 15 petugas media berkumpul untuk mendapatkan kepastian khabar angin berkenaan.

Usaha untuk mendapatkan maklumat lanjut tidak berjaya. Tiada juga kakitangan daripada Pejabat Peguam Negara atau bekas pemimpin itu dilihat berada di situ.

Mereka yang dihubungi enggan mengulas dan menyatakan “mereka pun tidak tahu apa ceritanya.”

Pada 29 julai lalu, bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik didakwa di mahkamah sesyen yang sama atas tuduhan memperdayakan kerajaan bagi memberi persetujuan pembelian tanah di Pulau Indah, Pelabuhan Klang bagi pembinaan projek 'Mega Distribution Hub' yang kini dikenali PKFZ, pada 2002.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada 25 September 2002 dan 6 November 2002 di Tingkat Empat, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, di Putrajaya.

Tiada ulasan: