Tokoh yang begitu kental sekali berdepan dengan pelbagai rintangan dalam dunia korporat dan politik, rupa-rupanya takut kepada seekor kucing.
Sambil ketawa, Khalid juga bercerita beliau hanya mengingati nama beberapa ekor sahaja daripadanya - satu daripadanya 'si putih besar' Giant.
“Dia (Giant) selalu mengekor. Kadang-kadang dia duduk dekat dengan saya... Pergi, patah balik dan duduk. OK, saya kata, aku biar kau tidur 10 minit sudah,” kata tokoh korporat yang terjun ke dunia politik itu.
Dalam wawancara dengan Malaysiakini di pejabatnya di Shah Alam baru-baru ini, Khalid juga memberitahu keluarganya amat menggemari kucing.
Malah, tambahnya, seorang anak perempuannya merupakan pakar bedah kucing yang mempunyai klinik khusus untuk haiwan itu di Brisbane, Australia.
“Dia urus kucing sahaja. Kecualilah ada harimau yang perlu dibedah,” katanya berjenaka.
Ikan bilis lawan nasi lemak
Dalam wawancara kira-kira 1 jam 30 minit yang menyentuh pelbagai isu semasa dan politik, Khalid yang juga wakil rakyat Ijok dan Bandar Tun Razak itu nampak senang sekali berbicara soal binatang manja itu.
Malah setiausahanya yang menguruskan wawancara itu juga tidak kering gusi melihat gelagat Khalid yang antaranya menceritakan tentang pelbagai selera kucing-kucingnya.
“Ad
Bapa kepada empat anak – tiga perempuan dan seorang lelaki itu – mendedahkan, kadang-kadang beliau tidak dapat berkompromi dengan ahli keluarganya dalam hal kucing.
“Bapa (saya) tak akan terlibat dalam perkara ini. Kalau saya diminta hantar kucing ke klinik, saya kata tidak, ini bukan kerja saya,” katanya yang mempunyai masalah resdung.
Malah, fobia Khalid juga dilihat jelas apabila beliau memberitahu kucing boleh membawa penyakit kepada jantung dan buah pinggang.
Bagaimanapun, kecuali beliau, semua anggota keluarganya menyayangi kucing. Ia buat hubungan mereka bertambah erat.
“Anak perempuan yang tinggal dengan saya selalu berhubung dengan kakaknya di Australia tentang masalah kucing,” jelas Khalid.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan