"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Umno hanya layak diletakkan di bawah kaki?

Penarik Beca
Dalam berita bertajuk "Umno minta rakan maya bantu naikkan semula imej parti", Bernama hari ini melaporkan:
Umno hari ini meminta bantuan sahabat maya untuk menaikkan semula imej serta nama parti itu yang sering menerima pelbagai tohmahan oleh pihak tertentu, terutama parti pembangkang.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, sejak lima tahun kebelakangan ini, pelbagai tuduhan telah dilemparkan kepada Umno sehingga parti itu dilihat seperti pertubuhan siasah yang tidak bermoral.

"Umno digambarkan seperti parti yang tidak berakhlak, yang seolah-olah hanya layak diletakkan di bawah kaki...saya sedih dengan keadaan ini.

"Kita tidak minta banyak...kita cuma minta diiktiraf apa yang telah dilakukan parti selama ini, apa yang telah dilaksanakan untuk kebaikan semua," katanya sempena majlis berbuka puasa bersama rakan-rakan Facebook (FB) Media-Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini.
Persoalannya, adakah keluhan Adnan itu membuktikan kegagalan teruk gerombolan-gerombolan yang ditubuhkan oleh Umno untuk menjalarkan propagandanya di alam siber termasuk mengacau dengan menghantar komen karut-marut dalam blog-blog termasuk blog ini (khabarnya banyak duit atau gaji yang diperolehi gerombolan itu, sama ada gaji rasmi atau gaji tak rasmi).

Bila kita tak siaran, mereka menjerit-jerit fasal kebebasan bersuara. Macamlah mereka menghormati kebebasan bersuara.

Apa pun, itu sistem nilai yang mereka gunakan. Saya tidak membantah.

Saya juga mempunyai sistem nilai saya sendiri yang tidak ada kena-mengena dengan jargon yang dipanggil kebebasan bersuara serta segala dialektiknya. Saya tak mahu ikut sistem nilai orang. Saya hanya nak ikut sistem nilai yang saya percayai. Sistem nilai yang saya yakini ialah beriman kepada perintah amar ma'ruf nahi munkar. Saya hanya mahu ikut pesanan-pesanan Islam termasuk berkata benar walaupun pahit.

Dan, saya mengucapkan tahniah kepada Adnan kerana berkata benar walaupun pahit bila beliau berkata "Umno digambarkan seperti parti yang tidak berakhlak, yang seolah-olah hanya layak diletakkan di bawah kaki".

Saya hanya tercari-cari di manakah tak betulnya gambaran yang disebutkan oleh Adnan itu apabila bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri menyebutkan "
Parti Umno sudah jadi parti perasuah".

Berkaitan:

UmnoApco Terdesak..!!!! (Aduka Taruna)

Tiada ulasan: