"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

MP PJ Utara terima ancaman, sebutir peluru

Ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua menerima surat ugutan untuk mengancamnya petang semalam. Turut dimuatkan dalam sampul surat berkenaan adalah sebutir peluru yang masih belum digunakan.

NONEBungkusan itu dialamatkan ke pejabatnya di Damansara dari Tangkak. Ia dibuka oleh pembantu khas di pejabatnya pada jam 4.30 petang.

Surat berkenaan berbunyi: "Lu banyak berani?

"Sekarang lu mau apa?

"Jalan sekarang mau tengok depan, belakang, kiri, kanan bawah dan atas.

"Apa pasal?

"Lu punya keluarga, rumah, pejabat, kereta - WHT ....004, wa sudah mau.

"Sendiri mau ingat. Lu fikirlah sendiri,"

Pembantunya itu kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Mutiara Damansara kira-kira dua jam selepas itu.

Beliau yang tidak mahu dikenali itu diiringi oleh Pua dan peguam DAP, Lim Lip Eng yang juga ahli parlimen Segambut.

Dalam aduan berkenaan, pembantunya itu berkata, peluru logam dan "surat berbau ugutan" itu didakwa ditujukan kepada Tony dan keluarganya.

Cap pada kiriman yang dialamatkan ke pejabatnya di Damansara Utama itu menunjukkan ia telah dihantar daripada Tangkak, Johor, kata Pua.

Polis telah mengesahkan peluru itu adalah buatan tempatan dan ia untuk kegunaan senapang M16.

Bercakap daNONElam satu sidang media di pejabat itu hari ini, Pua menegaskan bahawa insiden tersebut dengan jelas merupakan usaha untuk mengancam nyawa beliau dan keluarganya.

Pua yang menyifatkan insiden itu sebagai "tindakan pengecut" juga berkata, perbuatan itu mungkin berpunca daripada pandangan yang diutarakannya dalam satu majlis dialog pada 26 Julai lalu.

Jelasnya, dalam dialog Bajet 2011 kerajaan Selangor itu, beliau telah mencadangkan supaya kerajaan memansuhkan diskaun Bumiputera untuk memberi hartanah mewah.

"Isu ini kemudiannya dimainkan oleh Utusan Malaysia dan Umno," katanya lagi dalam sidang media yang turut dihadiri Dr Dzulkefly Ahmad dan Nurul Izzah Anwar.

"Apa-apa yang saya cadangkan itu sepatutnya boleh didebatkan dalam suasana terbuka.

"Tidak ada cara yang boleh menjustifikasi tindakan seperti ini," katanya lagi.

Sebelum ini, Pemuda Umno Selangor pada 4 Ogos lalu, juga membuat laporan polis terhadap ahli parlimen Petaling Jaya Utara itu kerana menganggap cadangan berkenaan berbahaya dan berbaur hasutan serta mencabuli perlembagaan persekutuan serta kontrak sosial.

Pada Mei 2008, Pengerusi DAP, Karpal Singh yang juga ahli parlimen Bukit Gelugor juga menerima surat ancaman bunuh dan sebutir peluru.

-malaysiakini-

1 ulasan:

ghostWRITER berkata...

kenapa copy MK jer? kenapa tak bela Tony Poor ni? sian dia..cadangla lagi pemansuhan hak bumiputera ker, mansuh UiTM ker...