"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bala Allah atau Bencana Alam?

jilfityan
"Firman Allah yang bermaksud ” Segala kerosakan di atas muka bumi ini adalah dari usaha tangan-tangan manusia sendiri….. “. Jelas ayat di atas menunjukkan sesuatu yang berlaku adalah disebabkan perbuatan manusia yang mengundang bala dari Allah. Adakah kerana dengan tertubuhnya Sekolah Hamil Pertama di Jasin?
Ribut ragut dua peniaga Bazar Ramadan, 18 cedera

JASIN, 13 Ogos — Dua orang peniaga dan seorang pengunjung terbunuh menakala 18 yang lain cedera dihempap khemah yang diterbangkan ribut dalam kejadian yang melanda kawasan Bazar Ramadan di pekarangan Stadium Jasin di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Jasin DSP Che Suza Che Hitam berkata dua peniaga yang terbunuh dalam kejadian pukul 5 petang itu ialah Mahadi Mohamad, 40, berasal dari Kampung Gong Merang, Terengganu; Abdul Omar, 73, dari Kampung Air Merbau di sini dan pengunjung Muhammad bin Wahab, 49, dari Kampung Rim di sini.

“Ketiga-tiga mangsa cedera parah di kepala terkena khemah (panjang) 20 kaki kali 20 kaki (lebar) yang diterbang ribut,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

*Baca selanjutnya Ribut ragut dua peniaga Bazar Ramadan, 18 cedera

Tiada ulasan: