"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Jaga Muhyiddin...Najib dah nak balik weeh!

Tok Pepijat

Menjelang kepulangan PMNajib ke tanahair,Timbalannya Muhyiddin membuat dua ulasan. Barangkali 2 ulasan ini sebagai"penyedap hati"maupun "pelepas diri" akibat kenyataannya semasa PM Najib bercuti di luar negari.

Muhyiddin terpaksa mencipta beberapa isu agar PM Najib
"lupa" tentang kenyataanya menyokong Dr.Mahathir yang mengkritik slogan Najib 1Malysia.

Pertamanya, Muhyiddin cipta isu ,"lontar batu sembunyi tangan"berkenaan penggunaan gambar Sultan Johor dalam kain rentang PKR. Muhyiddin dengan "kebodohan dan gelojohnya" menyeru PKR minta maaf kepada Sultan Johor sedangkan polis masih menyiasat.

Terkini, Pengerusi PKR Johor mendedahkan kerja jahat ini dilakukan oleh bekas MB Johor. Tentunya yang dimaksudkan oleh beliau adalah Muhyidin.Rekod menyatakan semasa isu Mahathir menghina Raja-Raja Melayu,Muhyiddin adalah MB Johor.

Muhyiddin juga sekonyong-konyong menjelang kepulangan Najib dari bercuti mengaku setia terhadap PM Najib.Beliau membuat pengauan itu semasa merasmikan pelancaran sebuah buku bertajuk "Najib Tun Razak Melakar Transformasi Malaysia" hari ini.

Nada beliau mengulangi "ayat-ayat cinta" Musa Hitam, Ghafar Baba dan Anwar Ibrahim semasa era Mahathir. Kesemua mereka "ditendang"oleh Mahathir, sifu Najib. Tidak mustahil Muhyiddin bakal alami mimpi ngeri ini.

http://tokpepijat.blogspot.com

Tiada ulasan: