"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pru 13: Jamaluddin Calon Baru BN

MOHD MUNIR ALI
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) merasa sangat lucu dengan temubual Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas Kawasan Behrang Jamaluddin Mohd Radzi di dalam ‘Suara Perak' (Bil 9) yang mempertegaskan kesungguhannya untuk bekerja ke arah memastikan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 nanti. Kenyataan terbuka pasti akan mengundang banyak persoalan kepada Umno Bahagian Tanjung Malim dan Badan Perhubungan Umno Negeri Perak khasnya.

Ini kerana ianya menunjukkan tanda-tanda kesanggupan dan kesungguhan Jamaluddin akan bakal menjadi calon baru Umno / BN bagi DUN Behrang pada PRU 13 nanti. Perkara yang sama juga mungkin akan berlaku di DUN-DUN Changkat Jering, Jelapang dan yang terbaru Malim Nawar sepertimana yang ditegaskan oleh ADUN Bebas Malim Nawar Keshvinder Singh semasa pertemuan dengannya tempohari yang begitu yakin akan terus berkhidmat sebagai ADUN semasa PRU 13 kelak.

Semua kenyataan di atas jelas memberi makna bahawa BN Perak mengiktiraf ADUN Bebas tersebut akan bersama BN pada PRU 13 nanti. Perkara ini tidak mustahil kerana BN terdesak membuktikan langkah ADUN Bebas tersebut yang menyokong BN adalah sokongan sebenar dan bukannya mendapat habuan tertentu. Sudah tentu ADUN-ADUN Bebas ini akan berpeluang sekali lagi bertanding bagi pihak BN pula nanti.

DPPN Pk menasihatkan kepada semua ADUN Bebas tersebut supaya bekerja bersungguh-sungguh bagi membuktikan semua dakwaan umum terhadap mereka selama ini adalah tidak berasas, disamping membuktikan yang rakyat masih menerima mereka atas kekuatan peribadi mereka, bukannya atas prinsip perjuangan parti yang pernah mereka wakili. Namun jika mereka kalah di dalam PRU 13 nanti, maka ia adalah 'signal' jelas yang diberikan rakyat terhadap pengkhianatan mereka selama ini.


MOHD MUNIR ALI
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Tiada ulasan: