Hakim SM Komathy Suppiah berkata pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan kerana bukti yang dikemukakan oleh kedua-dua tertuduh adalah tidak konsisten.
"Pengakuan kawan mereka bahawa kedua-dua mereka terbabit dengan membakar sampah juga diragui. Ia hanya direka-reka.”
Raja Mohamad Faizal Raja Ibrahim (kanan), 24, dan adiknya Raja Mohamad Izham, 22, dan Azuwan Shah Ahmad, 23, didakwa bersama-sama beberapa orang yang masih bebas, melakukan khianat dengan membakar gereja di Jalan 4/4C, Desa Melawati, di Kuala Lumpur pada 11.50 malam, 7 Januari lalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Bagaimanapun pada 30 Julai lalu, Azuwan Shah dilepas dan dibebaskan manakala adik beradik itu dipanggil membela diri.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Azlina Rasdi dan Lailawati Ali manakala pihak pembelaan dikendalikan peguam Datuk Hanif Hashim dan Rosal Azimin Ahmad.
Peguam mereka, Hanif berkata terdapat keraguan dalam kes ini kerana guru yang menyaksikan kebakaran itu tidak melihat wajah sebenar mereka yang bertanggungjawab.
"Dalang sebenar masih bebas,” katanya.
"Kedua-dua mereka hanya ditangkap di Hospital Kuala Lumpur.”
DPP Azlina pada penggulungannya berkata kenyataan rakan mereka bahawa kedua-dua tetuduh membakar sampah apabila terbakar diri sendiri adalah hanya rekaan bagi menyelamatkan tertuduh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan