"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pegawai penyiasat (IO) ASP Ahmad Nazri Zainal ditegur tak bertugas dengan teliti

NONESuruhanjaya Siasatan hari ini menegur pegawai penyiasat (IO) ASP Ahmad Nazri Zainal kerana tidak menjalankan tugas dengan teliti ketika menjalankan siasatan ke atas kematian Teoh Beng Hock.

Seorang anggota panel suruhanjaya itu, Datuk T Selventhiranathan yang juga bekas Hakim Mahkamah Rayuan berpendapat kes kematian Beng Hock yang disiasat oleh Ahmad Nazri boleh diklasifikasikan sebagai kes yang penting dan luar biasa.

"Oleh itu, kes ini hendaklah diperhatikan dengan mendalam dan terperinci bukannya disiasat secara rambang,” katanya pada prosiding siasatan bagi mengenal pasti punca kematian Beng Hock yang masuk hari kesembilan hari ini.

Pendapatnya turut disokong oleh pengerusi suruhanjaya Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong Cheng Yuen yang mempersoalkan tugas Ahmad Nazri sebagai pegawai penyiasat kes itu.

"Apakah tugas kamu sebagai pegawai penyiasat dalam kes ini... adakah hanya membuka dan menutup kertas siasatan?” kata Hakim Foong.

Ahmad Nazri menjawab: “Saya hanya ada masa dalam tujuh hari bagi menyiapkan kertas siasatan (IP) untuk diserahkan kepada Mahkamah Koroner.”

Selventhiranathan kemudiannya mencelah dengan berkata: "Masa tujuh hari tidak mencukupi untuk menyiapkan kertas siasatan yang lengkap dan terperinci... adakah kamu pernah memberitahu Mahkamah Koroner bahawa kamu perlukan masa yang lebih untuk menyiapkan kertas siasatan itu?”

Ahmad Nazri memberitahu beliau tidak ingat.

Terdahulu, Ahmad Nazri semasa memberikan keterangannya berkata beliau tidak membuat siasatan terperinci bagi setiap laluan yang mempunyai “access card" ketika membuat membuat pemeriksaan di tingkat 14 dan 15, bangunan Plaza Masalam, Shah Alam.
-Bernama-

Tiada ulasan: