"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kecoh, pelajar cuba larikan fail bukti

NONE
Kekecohan berlaku pagi tadi apabila seorang wakil pro-Mahasiswa (pro-M) Universiti Putra Malaysia (UPM) cuba melarikan fail bukti - sejurus selepas mereka menemui timbalan naib canselor (TNC) hal ehwal pelajar (HEP) - berhubung pembatalan kemenangan calon pro-M, dalam pilihan raya kampus kelmarin.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 11 pagi, apabila bekas pengerusi pro-M UPM, Mohd Lokman Al-Hakim Low Abdullah cuba membawa keluar fail yang mengandungi bahan-bahan bukti berhubung perkara itu.

Sebelum itu, fail tersebut diserahkan oleh TNC HEP, Prof Dr Fauzi Ramlan, selepas diminta oleh Lokman untuk melihat sendiri bukti-bukti terbabit.

Selepas meneliti fail tersebut, Lokman bergegas keluar dari pejabat TNC, menyebabkan TNC menjerit dan beberapa pengawal keselamatan berkejar ke situ dan dan menahan Lokman.

Pengawal keselamatan tersebut bertindak merampas balik fail dari Lokman. 

Ketika dihubungi Lokman berkata beliau bertindak demikian kerana yakin bukti-bukti tersebut adalah palsu.

Dalam keputusan pilihan raya kampus kelmarin, pro-M UPM menang 11 kerusi daripada 43 kerusi yang dipertandingkan.
NONEBagaimanapun, pihak UPM bertindak membatalkan kemenangan tersebut dengan alasan mereka berkempen secara kumpulan yang dilarang oleh peraturan kempen.

Berikutan itu, kira-kira penyokong pro-M berkumpul di hadapan pejabat TNC membantah keputusan tersebut.


Lokman adalah antara enam pemimpin pro-M yang dibenarkan masuk berjumpa dengan Dr Fauzi bagi membincang perkara tersebut.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: