"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Gempa bumi NZ: 390 Pelajar Malaysia Di Christchurch dilaporkan Selamat

Deretan bangunan di Christchurch, New Zealand musnah selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud pada Selasa. - Foto AP
KUALA LUMPUR: Kesemua rakyat Malaysia termasuk 390 pelajar yang berada di Christchurch, New Zealand dilaporkan berada dalam keadaan selamat selepas gempa bumi kuat melanda bandar raya itu pada Selasa.

Timbalan Menteri Luar, Senator A. Kohilan Pillay ketika dihubungi berkata pegawai di kedutaan Malaysia di Wellington telah diarahkan ke Christchurch untuk memantau keadaan di sana.

GAMBAR yang diambil daripada siaran televisyen menunjukkan orang ramai melihat kerosakan akibat gempa bumi kuat yang menggegarkan Christchurch, New Zealand, hari ini. Gempa bumi bermagnitud 6.3 itu menyebabkan banyak bangunan runtuh dan memerangkap ramai mangsa. - Foto Reuters
Usaha menghubungi para pelajar Malaysia di sana gagal kerana bandar raya itu dilaporkan mengalami gangguan telefon dan bekalan elektrik akibat gempa bumi berukuran 6.3 pada skala Richter.
Ini merupakan kali kedua bandar raya itu dilanda gempa bumi dalam tempoh enam bulan, selepas kali pertama pada September lepas di mana gempa berukuran 7.1 pada skala Richter mengakibatkan kerosakan serius kepada bangunan dan jambatan. Berita ini dikeluarkan oleh Bernama. 

ANGGOTA penyelamat memanjat bangunan Pyne Gould yang runtuh di Christchurch selepas gempa bumi kuat hari ini. Sekurang-kurangnya 65 orang dilaporkan terbunuh dan ramai terperangkap dalam runtuhan bangunan. - AP

Sementara itu AFP melaporkan lebih 200 orang dipercayai masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan di Christchurch akibat gempa bumi yang melanda pulau itu, lapor media yang memetik kenyataan Datuk Bandar, Bob Parker.


Parker menganggarkan antara 150 hingga 200 orang terperangkap berikutan gempa bumi dengan kekuatan 6.3 skala Richter, dengan 65 orang dipercayai terkorban, kata Radio New Zealand.

Parker sebelum itu memberithau TVNZ bahawa jumlah kematian mungkin meningkat. 

Tiada ulasan: