"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dr Seah gagal akui sperma DNA ‘lelaki Y’ lebih banyak


KUALA LUMPUR: perbicaraan fitnah 2 yang disambung pada sebelah petang hari ini menyaksikan Pakar DNA dari Jabatan Kimia, Dr Seah Lay Hong enggan memberikan jawapan yang memuaskan hati peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pada kali ini, Dr Seah disoal balas Timbalan Pendakwaraya, DPP Noorin Baharuddin. Dalam keterangannya, Dr Seah enggan mengakui DNA sperma lelaki yang dijumpai pada dubu* pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan lebih banyak (dominan) berbanding sperma Saiful pada bahan bukti yang dianalisa.
Beliau sebaliknya menjawab tidak mahu menggunakan istilah ekstrak sperma lelaki Y lebih dominan tetapi mengakui kehadiran sperma lelaki itu pada sampel DNA yang ditandakan sebagai B9.
Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah turut menerima bantahan peguam bela apabila DPP Noorin bertanya kepada saksi pendakwa tersebut, samada air mani boleh meleleh ke bahagian seluar dalam pengadu terbabit. Ini berikutan soalan yang sama diajukan peguam semalam, enggan dijawab Dr Seah.
Berikut kronologi perbicaraan pada sebelah petang.
4.27 ptg – Mahkamah ditangguhkan ke jam 8.30 pagi esok.
4.20 ptg – DPP Noorin Baharuddin menyoal Dr Seah jika ‘kebocoran’ air mani boleh meleleh ke bahagian hadapan seluar dalam.
Ram Karpal membantah soalan tersebut kerana soalan yang sama enggan dijawab Dr Seah semalam atas alasan ia besifat spekulatif.
Kata Ram, rekod mahkamah boleh mengesahkan perkara tersebut malah Dr Seah sendiri boleh mengesahkan perkara itu.
Hakim Zabidin membuat keputusan, jika Dr Seah memilih untuk tidak menjawab soalan itu semalam, DPP Noorin tidak berhak bertanya soalan yang sama hari ini.
4.15 ptg – Menyedari semakin banyak orang awam meninggalkan galeri awam, DPP Noorin memohon mahkamah ditangguhkan kerana dia sudah penat menyoal balas Dr
Seah.Tindakan DPP Noorin itu menyebabkan mereka yang berada di galeri awam ketawa kecil.

Ram Karpal membantah dan mahu DPP Noorin meneruskan soal balas sehingga jam lima petang. DPP Yusoff membantah Ram Karpal.
Hakim Zabidin mengarahkan soal balas diteruskan sehingga jam 4.30 petang.
3.44 ptg – Dr Seah sewaktu ditanya DPP Noorin bersetuju bahawa terdapat DNA lebih daripada dua orang jika graf elektroferogram diteliti secara lokus demi
lokus sewaktu ditanya DPP Noorin.

(Lokus adalah pintalan rantaian DNA yang boleh dilihat di bawah mikroskop)
Namun, Dr Seah gagal mengakui bahawa DNA sperma Lelaki Y adalah dominan (lebih banyak) berbanding DNA sperma Saiful pada sampel B9.
“Yang mana lebih dominan, ekstrak sperma Lelaki Y atau Saiful?” tanya DPP Noorin.
Teragak-agak menjawab, Dr Seah sekadar membalas bahawa Lelaki Y adalah salah seorang penyumbang kepada ekstrak DNA sperma pada sampel B9.
Ditanya buat kali kedua, Dr Seah tetap menjawab bahawa Lelaki Y merupakan salah seorang penyumbang.
Pada pertanyaan kali ketiga, Dr Seah menjawab bahawa beliau tidak mahu menggunakan istilah ekstrak sperma Lelaki Y lebih dominan tetapi mengakui kehadiran
sperma lelaki Y pada sampel B9.

3.04 ptg – DPP Noorin cenderung bertanyakan soalan tertutup (ya atau tidak) namun Dr Seah tidak menjawab secara terus sebaliknya memberikan penerangan
panjang lebar.

Ram Karpal Singh mencelah dan mengingatkan DPP Noorin yang ini adalah pemeriksaan balas semata-mata.
Kebanyakan soalan pendakwa raya adalah soalan ya atau tidak sahaja tetapi Dr Seah cenderung untuk tidak menjawap ya atau tidak sebaliknya memberikan
penerangan berjela-jela. Perkara ini menurut RamKarpal boleh menyebabkan prosiding mahkamah berlanjutan tanpa hala tuju.

Walau pun begitu, bantahan Ram ditolak dan Hakim Zabidin membenarkan soalan pendakwa raya diteruskan.
2.41 pm – Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff tiba di mahkamah dengan berpakaian kot biru.
2.30 ptg – Datuk Seri Wan Aziah dan Datuk Seri Wan Azizah sampai ke mahkamah.
2.36 ptg – Perbicaraan bersambung semula selepas mahkamah berhenti rehat tengahari.

Tiada ulasan: