"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Datuk Ilani Isahak meninggal dunia


Ketua Jawatankuasa Mempromosikan Keharmonian dan Persefahaman antara Penganut Agama, Datuk Ilani Isahak meninggal dunia di Kuala Lumpur, awal pagi ini akibat barah.

NONEMenteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Koh Tsu Koon mengesahkan perkara itu melalui SMS dan berkata beliau akan memberikan penghormatan terakhir di rumah allahyarham.

Ilani, 57, meninggal dunia jam 6.05 pagi tadi di Hospital Universiti KebangsaanMalaysia (HUKM).


Jenayah allahyarham dilaporkan akan dibawa ke rumahnya di Pinggir Taman Tun Dr Ismail tengah hari ini.


Beliau pernah berkhidmat sebagai ahli parlimen Kota Bharu, Kelantan selama dua penggal bermula 1990 hingga 1999 atas tiket Parti Semangat 46.

Jawatankuasa Mempromosikan Keharmonian dan Persefahaman antara Penganut Agama yang penuh kontroversi itu ditubuhkan tahun lalu dengan Ilani dilantik sebagai ketuanya.

-malaysiakini-

Tiada ulasan: