"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Hasutan melampau warnai Kerdau

Harakahdaily
TEMERLOH, 25 Feb: PAS menyifatkan penerbitan dan penyebaran risalah bertajuk Kalau Program 100 Hari Pakatan Rakyat Dilaksanakan oleh pihak tertentu merupakan hasutan melampau terdapat PAS dan Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil (PRK) Dun Kerdau.

Pengarah Pilihan raya PAS PRK Kerdau, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, penyebaran risalah itu jelas menunjukkan bahawa pihak lawan amat takut dengan program 100 Hari Pakatan Rakyat melalui Buku Jingga.

Sehubungan itu, pihaknya akan membuat laporan polis berhubung hasutan melampau terhadap PAS dan Pakatan Rakyat seperti yang terkandung dalam risalah yang mengandungi beberapa helaian itu.

Beliau menyatakan demikian pada sidang media di Markas Induk PAS PRK Kerdau, dekat sini, pagi ini

Tiada ulasan: