"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bos syabas mahu jadi senator saja?

Subky Latif
Orang tanya saya, siapa agaknya calon Menteri Besar Selangor, kiranya Barisan Nasional dapat merampas negeri itu?

Pada saya, calon itu mesti sehebat nama korporat Tan Sri Khalid Ibrahim juga. Setakat Umno akar umbi saja tidak mampu menyaingi kehebatan yang ada pada Tan Sri Khalid

Orang Umno Selangor yang ternama, kaya dan korporat ialah Tan Sri Rozali Ismail, bos Syabas yang bergaji RM400 ribu sebulan itu.

Tetapi, Tan Sri Rozali dikatakan tidak sedia bertanding. Dia dikatakan sedia menerima jawatan sebagai senator saja.

Pertama, pengalaman bertanding itu tidak ada padanya. Dengan kedudukan sebagai orang kaya sekarang, berapalah elaun Menteri Besar yang diharapkan berbanding dengan pendapatan bulanannya.

Kedua, sekalipun BN rasa Selangor dapat ditawan semula, tetapi harapan itu tidak boleh dipercayai sangat. Pengundi di Selangor itu tidak dapat hendak diagak. Tentulah Razali Ismail tidak sedia berdepan dengan suasana 50 – 50.

Kalau ditakdirkan BN kalah dan Razali Ismail menang, adakah dia hendak jadi ketua pembangkang. Sebagai pembangkang di DUN nanti tentulah dia lutu orang kerajaan Pakatan secara berdepan tentang pembolotan harta Qarun yang ada padanya sekarang.

Lalinlah kalau diangkat menjadi senator. Dia tidak perlu jaga kawasan dan sebagai senator dia boleh dilantik jadi menteri seperti menteri air atau macam-macam kemudahan lain.

Tiada yang mustahil.
Tetapi bergantung kalau BN dapat mengekalkan kuasa. Tiada masalah bagi Najib untuk melantikkannya jadi senator.

Kalau Pakatan Rakyat Berjaya menawan Putrajaya, maka peluang bagi Razali jadi senator tertutup. Senator bagi mewakili negeri Selangor ditentukan oleh Pakatan jika Selangor tidak dapat ditawan kembali, dan senator melalui perkenan Yang Dipertuan Agong akan dinasihatkan pula oleh Perdana Menteri baru.

Najib dan BN tidak dapat menentukan lagi.

Jika Tan Sri Razali mahukan jawatan itu, dia mesti dapatkan sekarang sementara Najib masih ada kuasa untuk menentukan senator baru.

Dalam masa beberapa bulan ini didapati sentiasa ada senator baru mengangkat sumpah kerana ia musim senator tamat tempoh. Jika Umno mengira Razali hendak diberi jawatan itu maka ia mesti diberi sekarang.

Kalau ditakdirkan BN kalah dalam PRU 13 ini, kalau Rozali sudah jadi ssenator, maka dia boleh terus jadi senator selama tiga tahun. Jawatan itu tidak lucut dengan kekalahan BN.

Selepas tiga tahun barulah senatorshipnya tamat. Kalau tidak dilantik sekarang, peluang jadi senator itu amat berisko.

Tiada ulasan: