"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bekas Isteri Sultan Brunei mengaku suka Berjudi..

siasahkini

Bekas isteri Sultan Brunei, Mariam Aziz dilaporkan sering menghabiskan masa untuk bertaruh ketika lawatan ke London dan Macau. 

"Saya suka berjudi, aktiviti itu merupakan teras kepada kehidupan sosial saya dan saya mendapati aktiviti itu dapat melepaskan diri (daripada masalah)," katanya dalam keterangannya yang direkodkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Keith Lindblom.

Menurut Mariam, beliau ke kasino bersama dengan sekumpulan rakan, ahli keluarga, dan pekerja.

Beliau akan bermula dengan cip sehingga 50 000 pound (RM250 000) dan bertaruh kira-kira 10 000 pound (RM50 000) untuk satu putaran.

"Orang yang mengikut saya, kakitangan saya yang bermain akan menggunakan cip ini. Jika mereka menang, terpulang kepada mereka untuk melakukan apa-apa dengan kemenangan (wang) mereka," katanya.

Mahkamah diberitahu bahawa pengawal dan pembantu peribadinya, iaitu Fatimah Kumin Lim sering menemaninya ke kasino.

Fatimah membuka kemudahan kredit, lima daripadanya di London - Ambassadeurs Les, Aspinalls, Crockfords, Clermont Rendezvous. Namun, Mariam menjelaskan bahawa beliau tidak memintanya berbuat demikian.

Mariam memenangi kes mahkamah terhadap bekas pembantu peribadinya yang dituduh mencuri dan menjual berlian miliknya yang bernilai lebih daripada £12million (RM60 juta).

Fatimah didakwa mengambil permata kepunyaan Mariam, 55, dan menggantikannya dengan replika yang tidak bernilai. Dia dilaporkan berbuat demikian untuk membayar hutang perjudiannya.

Mariam dikurniai empat orang anak bersama dengan Sultan Brunei sebelum perkahwinan yang dibina pada tahun 1981 itu berakhir dengan perceraian pada bulan Februari 2003.
 -DCM/The Straits Times-

Tiada ulasan: