"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Hina Raja: Tulisan Berilusi, Fitnah Umno

Mohd Sayuti Omar
Sehari dua ini media PB memainkan isu kononya penghinaan beberapa orang ahli parlimen PR kepada raja-raja Melayu di upacara pertabalan Yang Di-Pertua Agong minggu kepas. Laporan itu berdasarkan sebuah penulisan (berilusi) dari seorang pegawai kesihatan yang bertugas pada hari upacara berkenaan.

Menurut laporan pegawai itu didalam blognya ahli Parlimen Gombak Mohamed Azmin Ali, ahli Parlimen Batu, Tian Chua didengari membisikkan sesuatu yang kurang enak mengomen batang tubuh sultan.

Catatan itu dibuat di dalam blog pegawai kesihatan berkenaan. Sebenarnya apa dituliskan itu meragukan kerana ia tidak ada bukti nyata berhubung dakwaan itu. Bloger itu menulis berdasarkan kepada terjemahannya kepada body language ahli-ahli parlimen berkenaan yang memberi komen kepada raja-raja Melayu tertentu semasa menanti upacara bermula.

Penulisan berilusi seperti itu boleh dilakukan sesiapa kerana ia merupakan terjemahan body language. Ia lebih berbumbu kalau si penaulis ada rasa benci kepada mangsa yang hendak ditohmahkan itu. Bukan sahaja oleh kedua wakil rakyat berkenaan, tetapi terjemahan juga boleh dilakukan terhadap wakil rakyat lain termasuk Umno.

Penulis berkenaan yang diketahui bekas aktivis Pas kemudian keluar parti kerana kecewa, hendaklah menunjukkan bukti atas apa yang ditulis kemudian disebarkan oleh mdedia penjilat buntut itu. Tidak cukup setakat laporan berdasarkan terjemahan kepada bisik-bisik yang tidak jelas tetapi ia memerlukasn bukti material, rakaman suara.

Sepatutnya blogers itu merakam perbualan kedua-dua wakil rakyat berkenaan atau sesiapa sahaja. Bukan payah sangat untuk bebuat demikian kerana semua telefon tangan ada alat perakam suara. Selepas itu persembahankan rakaman itu kepada raja-raja atau sultan yang dicaci itu. Manalah tahu kalau nasib baik akan dikurniakan darjah kebesaran membawa gelaran datuk atau tan sri.

Tanpa memberi rakaman suara penulisan itu akan dianggap karut, berniat jahat. Saya yakin kalau Azmin dan Tian Chua membawa kes ini ke mahkamah bloger itu tidak akan menang kerana gagal mengemukakan bukti.

Saya bersetuju dengan jawaban Anwar Ibrahim ketika ditanya wartawan. Katanya dalam hal ini siapa tahu apa yang ada di dalam hati seseorang. Menurut Anwar dia juga berada di kelompok sama dan mendengar apa yang Azmin dan Tian Chua cakapkan.

"Ia adalah fitnah Umno," kata Anwar.

Dan memanglah Umno tidak habis-habis memfitnah pembangkang dan mereka akan mencari apa saja isu untuk memburukkan fitnah. Saya sedikit pun tidak hairan kalau berleluasanya fitnah dan pengeksploitasian apa juga untuk kepentingan politik, kerana itulah politik. Bahkan fitnah dan kekasaran Umno akan lebih hebat lagi kerana parti itu kini dalam keadaan tertekan

Tiada ulasan: