"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

(Gambar) TGNA menatang bekas air untuk tetamu (Zuriat Wali Songo Se Indonesia)

http://a5.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/580937_345956922120543_310631758986393_900003_1483261485_n.jpg
(Tuan Guru Nik Aziz menatang bekas air untuk para tetamunya dari Indonesia)
PENGKALAN CHEPA, 18 April: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menerima rombongan malam tadi di rumahnya Pulau Melaka.

Seramai 23 anggota rombongan yang diketuai pengetuanya, Dr Dhiyauddin mengambil kesempatan bertemu Tuan Guru sempena lawatannya selama dua hari di Kelantan.

Turut hadir pada majlis itu, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa dan Pengetua Penalti Nasab Wali Songo, Kiyai Ali Badri.

Dhiya ketika ditemui melahirkan rasa syukur kerana dapat bertemu seorang ulama yang telah lama dirindui beliau sebelum ini.

Katanya, hasrat untuk bertemu dengan Tuan Guru telah lama disimpan, bagaimanapun baru kini berkesempatan bertemu.

“Saya begitu tertarik dengan perwatakannya yang lembut, sederhana sekali kehidupannya yang begitu menyentuh perasaan saya.

“Beruntung rakyat Kelantan kerana dapat pemimpin yang wara’ sepertinya, subhanallah saya cukup terpegun,”ujarnya.

Rombongan ini juga seakan tidak percaya apabila Tuan Guru menatang sendiri juadah untuk mereka malam tadi.

Ali pula berkata, pihaknya telah menjelajah beberapa negara di nusantara ini untuk menjejaki keturunan Wali Songo.

“Alhamdulillah syukur, di Kelantan juga kami telah bertemu beberapa orang dalam pencarian kami,”ujarnya.
-harakahdaily-

Tiada ulasan: