Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamarudin (gambar) berkata, transaksi wang yang telah berlaku dalam tempoh empat bulan antara Oktober 2011 hingga Januari 2012, di mana pada Oktober sebanyak dua transaksi dibuat dengan jumlah RM36,000 dan RM22,000.
Bukan itu sahaja katanya, pada November 2011 pula sebanyak RM112,000, Disember sebanyak RM330,000 dan Januari tahun ini sebanyak RM510,000 telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi artis terbabit. (Berita Disini)
"Jadi kalau saya jumlahkan lebih kurang RM1.5 juta di masukkan ke akaun artis berkenaan dalam tempoh empat bulan," dedahnya dalam sidang media di lobi parlimen hari ini bersama-sama Ahli Parlimen Lembah Pantai, Ahli Parlimen Subang dan artis Dayangku Intan yang baru menyertai PKR.
Jelas Zuraida, artis berkenaan juga dikatakan memiliki tiga kereta mewah seperti BMW, toyota Harrier, dan porsche juga sebuah rumah bernilai jutaan ringgit.
Zuraida tidak mahu mengambil tahu hubungan intim dan peribadi menteri terbabit dengan seorang artis itu, tetapi apa yang perlu ditekankan adalah dari mana menteri berkenaan memperoleh wang sebanyak itu berdasarkan transaksi kepada artis tersebut.
Zuraida mendedahkan maklumat itu berdasarkan laporan polis yang telah dibuat oleh pemandu peribadi artis terbabit ekoran tindakan artis tersebut yang membuat laporan polis menuduh beliau melarikan duitnya RM200,000 pada 3 Mac lalu.
Di dalam laporan polis yang dibuat pada 13 Mac lepas, pemandu itu mendakwa artis berkenaan telah membuat laporan palsu terhadapnya kononya beliau melarikan wang itu.
Justeru, Zuraidah meminta menteri berkenaan menjawab persoalan yang beliau bangkitkan itu.
"Daripada sumber mana beliau peroleh wang tunai berjuta ringgit, dan sebagai seorang menteri beliau bertanggungjawab kepada rakyat Malaysia dan harus jelaskan dari mana sumber beliau," katanya.
Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempersoalkan pemberian wang tunai sebanyak RM1.5 juta oleh seorang menteri kanan kebinet kepada seorang artis yang terkenal dengan imej seksi hanya dalam tempoh empat bulan.
Ni Dia Artisnya
Pemandu Peribadi Zahida Rafik Larikan M200,000
Pelakon dan ahli perniagaan Zahida Mohamed Rafik kata dia kerugian RM200,000 apabila wang tunai yang sepatutnya dimasukkan ke dalam akaun banknya telah dilarikan oleh pemandu peribadinya. Wang tersebut diserahkan kepada pemandunya atas dasar percaya kira-kira pada jam 11 pagi Rabu lalu untuk dihantar ke bank. Tapi malangnya pemandunya itu 'menghilangkan' diri. Wang tersebut adalah wang perniagaan milik keluarganya yang diuruskannya.
Zahida Rafik kata dia percayakan pemandunya itu sebab dia sudah bekerja hampir lima tahun lamanya. Dia juga tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan sebelum ini. Tapi sekali dia buat salah, nilainya ialah RM200,000.
Zahida Rafik membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan itu dan disiasat mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan atas dakwaan pecah amanah.
Sibuk sangat, tak sempat pergi bank
Menurut Zahida selalunya dia sendiri yang akan pergi ke bank untuk memasukkan wang. Pemandunya akan menemankannya sahaja. Tapi pada hari kejadian, ibu Zahida sakit dan Zahida pula terlalu sibuk menguruskan beberapa perkara penting dan kelam-kabut di rumah. Oleh itu terpaksa mengamanahkan pemandunya untuk masukkan duit ke bank. Malangnya pada hari kejadian, pemandunya yang sebelum ini baik, sudah jadi tidak amanah.
Pemandu dah hilangkan diri
Selepas menyedari 'kehilangan' pemandunya dan wang yang besar jumlahnya itu, Zahida pergi ke rumah pemandunya untuk berbincang dan bertanyakan tentang wang itu. Malangnya, ibu pemandu itu beritahu Zahida yang anaknya sudah beberapa hari tidak pulang ke rumah. Akhirnya Zahida Rafik membuat keputusan untuk membuat laporan polis.
siasahkini.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan