"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Fathul Bari tak salah kahwin di Thailand

PETALING JAYA: Pengerusi Jawatankuasa Himpunan Ulama Muda Malaysia (ILMU), Fathul Bari Mat Jahaya mempertahankan keputusan beliau berpoligami dengan wanita dari Filipina.

“Saya tidak melakukan kesalahan. Buktikan saya lakukan kesalahan.

Yang salah apabila kahwin orang Malaysia di luar. Kemudian balik, baru daftar. Itu kena saman RM1, 000. Saya tak kena saman pun,” jelas Fathul dalam satu video Youtube yang dikeluarkan semalam.

Beliau telah bernikah dengan seorang wanita Filipina Kristian yang memeluk Islam dalam bulan Mei di Songkhla, Thailand ekoran kesukaran untuk mendapatkan pengesahan bahawa isteri kedua beliau seorang Islam di Malaysia.

Beliau berbuat demikian dengan persetujuan isteri pertamanya.

“Saya terdesak untuk mendapatkan surat pengesahan Islam untuk isteri saya. Tambahan visa isteri hampir tamat,” katanya lagi.

Beliau menjelaskan bahawa beliau turut menghadapi masalah kerana pihak imigresen bertegas untuk surat pengesahan tersebut.

Pengesahan perkahwinan kedua dibuat dalam bulan Ramadhan yang lalu, sekitar bulan Julai dan Ogos tahun lepas ekoran kesibukan beliau yang berceramah di atas pentas Umno.

“Saya bawa isteri pertama dan kedua saya di hadapan ketua mahkamah syariah Terengganu kerana isteri pertama saya orang Terengganu,” kata Fathul.

Sementara itu bekas mufti Perlis, Profesor Mdya Dr Mohd Asri Zainal Abidin menggesa kerajaan agar memudahkan urusan kahwin poligami di Malaysia.

“Mereka yang berpoligami itu mulia kerana mencari yang halal. Malaysia patut mudahkan urusan ini. Ulul amri negara ini patut beri perhatian.

“(Tindakan) rakyat kita yang terpaksa ke Siam untuk berkahwin halal adalah kesilapan kerajaan,” kata Asri menerusi laman Twitter hari ini.

Tiada ulasan: