laniismaa
Video mahasiswa diherdik angkuh oleh moderator forum Syarifah Zohra Jabee Syed Miskin tersebar luas. Ia mendukacitakan kebanyakkan orang dan keangkuhan wanita tersebut terserlah dan bahananya kini terkena BN kerana dia pengerusi Pengerusi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M). Walaupun Khairy mengatakan tidak mengenali dan mewakili BN [Baca SINI], hujah bodoh Khairy boleh disangkal mudah.
Kini Syarifah Zohra menjawab di Twitter, nada jawapannya masih lagi angkuh seperti dalam video tersebut.
Pengubat keperitan KS Bawani sedikit terubat dengan penyebaran video tersebut serta semangat diberikan Anwar Ibrahim. Kini dia mendapat ‘tabik’ dari Anwar dengan berkata mahasiswa bukan kelompok yang boleh dibodohkan sesuka hati oleh mana-mana pihak.
“Mahasiswa bukan alat untuk diguna dan diperbodohkan! ‘Salute’ dengan keberanian menjelaskan fakta! Viva mahasiswa Malaysia!,” kata Anwar dalam facebooknya.
Lihat ‘best’ ini juga ditujukan kepada KS Bawani….SINI
-tranungkite-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan