"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

HKR hakis kuasa Melayu: Rais Yatim bermimpi

Ahmad Fadli Shaari 

(Perhimpunan ini bakal hakis kuasa Melayu...Rais Yatim)
Kenyataan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim yang mendakwa bahawa Himpunan Kebangkitan Rakyat yang diadakan Sabtu kelmarin akan 'melarutkan kuasa' kolektif Melayu merupakan satu kenyataan yang sangat tidak tepat.

Ia hanya menggambarkan perasaan panik pemimpin Umno/Barisan Nasional di saat akhir menjelang pilihanraya umum yang ketiga belas.

Kenyataan beliau yang dipetik daripada mesej Twitter itu dilaporkan di dalam akhbar Sinar Harian semalam 13 Januari 2013.

Persoalannya, sipakah yang menghakis kuasa Melayu jika tidak UMNO/Barisan Nasional?
Siapakah yang mengatur persempadanan pilihanraya menjelang pilihanraya umum 2004 yang tidak memperuntukkan kerusi bagi kawasan pengundi Melayu jika bukan UMNO/Barisan Nasional?

Sedarkah Rais bahawa pada saat Barisan Nasional menang besar pada pilihanraya umum 2004, jumlah kerusi orang Melayu di dalam Parlimen ialah 123 kerusi bersamaan dengan 56.2% daripada jumlah keseluruhan?


Angka ini kemudiannya berubah apabila selepas pilihanraya umum 2008 di mana Barisan Nasional gagal mempertahankan majoriti dua pertiga di parlimen, jumlah kerusi orang-orang Melayu bertambah keapda 129 kerusi bersamaan 58.6% daripada jumlah keseluruhan kerusi parlimen!

Fakta ini jelas membuktikan bahawa kekalahan UMNO/Barisan Nasional hakikatnya menambahkan jumlah kerusi orang-orang Melayu di parlimen.

Rais Yatim barangkali masih tercungap-cungap kerana berenang kembali kepada Umno ekoran 'jambatannya telah dibakar' ketika berada di dalam Semangat 46 dulu, itulah yang menyebabkan kenyataannya agak tersasar sekarang.

Atau beliau masih tidur dan bermimpi bahawa kuasa Melayu semakin kuat di bawah kerajaan UMNO/Barisan Nasional sekarang?

Tidakkah Dasar Ekonomi Baru gagal ketika Umno masih menjadi kerajaan? Tidakkah royalti minyak dinafikan kepada negeri Kelantan yang lebih 90& rakyatnya berbangsa Melayu ketika Umno menjadi kerajaan?

Rais perlu sedar, rakyat sudah bangkit, dan kebangkitan ini insya-allah akan menukar kerajaan di dalam pilihanraya akan datang!

Tiada ulasan: