"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Akhirnya blogger-blogger kaki fitnah umno serik dan kecut perut apabila disaman

Harakahdaily
KUALA LUMPUR: Selepas menyerang bertalu-talu diikuti pula oleh media Umno yang lain, blogger Umno, Pisau.net membuat 'Ralat' terhadap tuduhannya ke atas Tuan Guru Nik Aziz 13 Januari lepas.

Pisau menyiarkan 'Ralat' dalam medianya dengan tajuk "Pembetulan Fakta Tanah Ngeh dan Nga di Kelantan".
Pembetulan itu dibuat kononnya berdasarkan penafian Datuk Ngeh Koo Ham, Nga Kor Meng dan Tuan Guru Nik Aziz.

Dalam masa yang sama, Tuan Guru Nik Aziz menghantar surat saman kepada blog berkenaan.

Sebelum ini, blogger Umno, Dr Novandri terpaksa membuat permohonan maaf kepada anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad kerana mendakwa Khalid sebagai Bishop.

Permohonan maaf itu dibuat dalam blognya dan juga dalam Harakahdaily.net sebagai syarat penarikan balik saman Khalid Samad terhadap beliau.

Pisau.net sebelum ini dalam postingnya mendakwa Tuan Guru Nik Aziz memberikan tanah kepada pemimpin DAP untuk membolehkan Datuk Seri Nizar Jamaludin dilantik sebagai Menteri Besar Perak.

Ekoran itu, akhbar Umno menjadi isu ini di muka depannya.

Walaupun pembetulan telah dibuat oleh Pisau kononnya baru sedar bahawa "Raja Nazrin sendiri yang melantik Nizar pada ketika itu', pihak-puak lain khasnya Utusan masih belum membetulkan laporannya.

Pelawat laman ini sendiri kesal dengan dakwaan membuta tulis blogger Umno ini.

"Apa pisau penakut la selepas digertak nak kena saman cepat cepat perbetulkan fakta nampak mampuih la hang tu la jadi barua UMNO buat keja buta tuli dah la cukup cukup la apa pun hang jgn harap hang selamat hangeati kena saman gak apa pun selamat berhadapan la dgn masalah ko ini banggang punya bloger," tulis seorang pelawatnya dalam ruangan komen.

1 ulasan:

sizzly7761 berkata...

Ralat satu perkara lain! Tindakan saman perlu diteruskan kerana aib dan kerosakan telah pun berlaku pada YAB Tok Guru Menteri Besar dan Kerajaan Kelantan. Penyataan maaf mesti dibuat dengan kebenaran mahkamah atas persetujuan yang kena fitnah! Main mintak maaf atau 'cop, cop cop' tak mainla wei! Berani fitnah beranilah terima dosa dan masalah yang bakal timbul. Kepada YAB Tok Guru, sila teruskan saman terhadap blogger haramjadah yang suka fitnah nih! Bagi dia sedar supaya dia tidak menanggung dosa dan siksa bila mampus nanti! Khalas!!!!!!!!