"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tentera Seragam Putih Hantui Israel

Terdapat kisah-kisah menakjubkan dan pelik dalam serangan 22 hari ke atas Gaza oleh tentera Israel. Sesetengah penduduk mendakwa ianya merupakan "ayaturrahman" (tanda kekuasaan Allah SWT) di bumi jihad. Para Mujahidin masih tertanya-tanya akan siapakah sekumpulan lagi tentera yang berpakaian serba putih yang dilihat bersama-sama sewaktu peperangan Al-Furqan mengambil tempat.

Laman web Arab, islammessage.com, menulis bahawa tentera Mujahidin Al-Qassam melaporkan mengenai sebuah rumah kepunyaan keluarga Dardunah, yang terletak berhampiran Jabal Al-Kasyif dan Jabal Ar Rais, atau di jalan Al Qaram lebih tepat lagi.

Tentera Israel telah memecah masuk ke rumah berkenaan, seluruh keluarga diarah berkumpul dan dipaksa duduk di satu sudut, salah seorang dari anak mereka kemudiannya disoal siasat dan ditanyakan mengenai identiti pejuang Al-Qassam.


Remaja lelaki itu kemudiannya menjawab bahawa pejuang Al-Qassam memakai pakaian seragam bewarna hitam. Walaubagaimanapun, jawapan berkenaan telah menimbulkan kemarahan tentera Zionis dan kemudiannya dia dipukul tanpa belas kasihan, perkara ini diberitakan berlansung selama tiga hari berturut-turut. Setiap kali disoal, remaja berkenaan akan menjawab dengan jawapan yang sama.


Akhirnya, salah seorang tentera yang marah, menengking "Bohong! Mereka mengenakan seragam putih"

Seorang lagi rakyat Palestin, mengisahkan cerita yang lain berkenaan laskar berseragam putih ini di laman web multaqalqasami.com.

Menurutnya, sebuah ambulan telah diarah berhenti oleh sepasukan tentera Israel. Pemandu ambulan tersebut telah disoal samada dia dari kem Fatah atau Hamas. Pemandu malang ini kemudiannya menjawab, "saya bukan dari mana-mana kem, saya sekadar pemandu ambulan" katanya kepada tentera Israel tadi.


Walaubagaimanapun, tentera Israel terus menyoal beliau, "kumpulan yang berseragam putih di yang mengikuti di belakang tadi, mereka dari kem mana?" Pemandu ambulan yang masih kebingungan kerana dia pasti tiada sesiapa yang mengekorinya di belakang sekadar menjawab, "saya tidak tahu..."


Jadi, siapakah pasukan yang berseragam putih yang menghantui rejim Zionis ini?

Keganasan tentera Israel untuk 22 hari ini tidak membawa apa-apa keuntungan kepada Israel, hanya kehilangan yang besar diperolehi mereka. Bukan sahaja dari segi kemusnahan, malahan mental mereka menjadi semakin lemah dan dibayangi ketakutan.

Berjuta wang telah dibazirkan oleh mereka untuk menyekat pergerakan Hamas di Gaza, namun ianya merupakan satu langkah yang sia-sia. Rakyat Israel juga kini merasa takut apabila mendengar nama "Hamas".

"Lebih dari 800 ribu penduduk Israel akan dilihat ketakutan apabila nama Hamas disebut di hadapan mereka, mereka akan berpaling dan berlalu pergi," dakwa seorang wartawan Israel.


Selain dari ketakutan yang membelenggu mereka dalam keganasan yang dicetuskan pasukan ketenteraan mereka sendiri, Israel juga diancam krisis kerana telah membelanjakan wang yang banyak untuk peperangan di Gaza.


"Kos keganasan rejim Zionis di Gaza mencecah hampir 10.5 trilion dolar Amerika," ujarnya lagi.

Israel secara sulitnya juga telah mengadakan upacara pengebumian beberapa anggota tenteranya yang terkorban dalam pertempuran menentang Palestin di Genting Gaza, lapor media semalam.

Portal akhbar Mesir, Youm7 melaporkan bahawa beberapa saksi mendakwa mereka melihat beberapa upacara pengebumian dilakukan Timur Baitulmuqaddis yang dilakukan tentera Israel bagi mengebumikan anggota yang terkorban dalam peperangan di Gaza.

Namun tentera Israel enggan mendedahkan secara rasmi mengumumkan jumlah orang awam dan anggota tentera yang terkorban.

Sementara itu, sumber Israel mengakui bahawa lebih daripada 200 penduduk Israel telah cedera sejak enam hari lalu ekoran serangan roket yang dilancarkan Pergerakan Pemisah Hamas.

1 ulasan:

Unknown berkata...

Israel takkan menang kerana berperang dengan umat islam yang tak takut mati dan satu masa nanti israel akan kalah ,itu pasti