"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pemain Jerman Dominasi Senarai Pendek Anugerah Bola Emas

James Rodriguez
PERSEKUTUAN Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) mengumumkan senarai pendek Pemain Terbaik Piala Dunia 2014 untuk menerima Anugerah 'Bola Emas'.

Anugerah Bola Emas diberikan kepada pemain terbaik yang menang hasil daripada undian oleh wakil media.

Pemain Argentina, Mario Kempes menerima anugerah ini buat kali pertama pada tahun 1978 dan seterusnya Diego Maradona, Ronaldo, Zinedine Zidane dan Diego Forlan.

Bagi edisi kali ini, antara nama yang tersenarai termasuk pemain finalis Jerman Mats Hummels, Philipp Lahm, Toni Kroos dan Thomas Mueller yang kini menjaring lima gol.
World Cup - FIFA announce nominees for Golden Ball
Dr kiri: Thomas Mueller, Mesut Ozil danToni Kroos

Bagi lawan mereka Isnin ini, Argentina diwakili Angel Di Maria, Javier Mascherano dan kapten pasukan yang kini mencetak empat gol, Lionel Messi.

Pencalonan ini juga termasuk penyerang Colombia James Rodriguez yang kini melakar jumlah kutipan gol tertinggi dengan enam jaringan.

Dua calon lagi dari pasukan Belanda, Arjen Robben dan pemain tuan rumah, Neymar.

Pemenang akan diumumkan sebaik sahaja aksi akhir berakhir.

Selain itu, anugerah Sarung Tangan Emas bagi Penjaga Gol Terbaik diletakkan Manuel Neuer (Jerman), Sergio Romero (Argentina) dan Keylor Navas (Costa Rica).

Manakala Pemain Muda Terbaik di antara pemain perancis Raphael Varane dan Memphis Depay (Belanda).

SENARAI PENUH:

Bola Emas

Thomas Muller, Toni Kroos, Philipp Lahm, Mats Hummels (Jermany), Lionel Messi, Javier Mascherano, Angel Di Maria (all Argentina), Neymar (Brazil), Arjen Robben (Holland), James Rodriguez (Colombia)

Pemain Muda Terbaik

Memphis Depay (Holland), Paul Pogba, Raphael Varane (Perancis)

Sarung Tangan Emas

Keylor Navas (Costa Rica), Sergio Romero (Argentina), Manuel Neuer (Jerman)
-mstar-

Tiada ulasan: