"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Memahami pergolakan Pakatan Rakyat

Timmy Say
Untuk memahami apa yang sedang melanda× Rakyat, data di dbawah perlu dijadikan rujukan.

Di Pulau Pinang, DAP tidak menubuhkan kerajaan mereka sendiri tanpa PKR mahupun PAS. Bersama PAS sahaja tanpa PKR juga tidak melayakkan DAP untuk memerintah Pulau Pinang.

Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang
DAP: 19
PKR: 10
PAS: 1
BN: 10

(Pakatan Rakyat: BN = 30:10)

Dewan Undangan Negeri Kelantan
PAS: 32
PKR: 1
BN: 12

(Pakatan Rakyat: BN = 33: 12)
Dewan Undangan Negeri Selangor
PKR: 13
DAP: 15
PAS: 15
Bebas : 1
BN: 12

(Pakatan Rakyat: BN:Bebas = 43: 1: 12)

Atas dasar tersebut, fahamlah mengapa DAP selalu akan menyokong tindakan PKR, meskipun perkara tersebut tidak dapat diterima rakyat.

Atas kepercayaan kaum× Cina terhadap DAP, parti itu kini ada kuasa mencairkan dan mengeruhkan isu-isu politik yang melanda parti komponen Pakatan Rakyat.

Di Selangor, kerana tindakan× Sungib dan Hasnul Baharuddin, pertimbangan kuasa di× Rakyat kini sedang bergolak.

Perlu diingat,× Rakyat hanya wujud selepas kemenangan yang dicapai PAS, DAP dan PKR secara berasingan di PRU12 (2008).

DAP ketika itu bermati-matian mengisytiharkan mereka tidak akan bekerjasama dengan PAS.

Oleh kerana DAP, PKR dan PAS perlu bekerjasama memerintah Selangor, maka wujudlah Pakatan Rakyat – satu pakatan yang wujud kerana sokongan rakyat yang membenci BN.

Pada hari ini, kerana adanya Saari Sungib dan Hasnul, DAP dan PKR boleh memerintah× Selangor tanpa PAS – seperti yang berlaku di Pulau Pinang.

Asalkan DAP dan PKR kekal bersama sokongan dua× Adun ini, kerajaan yang ada akan kekal wujud.

Pendirian Saari Sungib dan× Hasnul membolehkan DAP dan PKR mengambil langkah memaksa PAS mengikut segala yang diputuskan antara DAP dan PKR dalam segala perbincangan – dan ini bermula dengan desakan mendapatkan persetujuan PAS untuk menerima Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ini menyebabkan PAS bertindak-balas, maka terjadilah apa yang terjadi hari ini.

Melalui kanta ini, mudah kita fahami mengapa Saari Sungib dan Hasnul diberi penghormatan begitu besar oleh DAP.

Ditambah pula dengan pilihan raya negeri Sarawak yang semakin mendekat, pendekatan politik DAP dan PKR tidak susah dibaca bagi mereka yang tidak faham akan tindakan mereka mutakhir ini.

Sebenarnya apa yang penting di Pakatan Rakyat bukanlah kerjasama PKR dan DAP. PKR dan DAP sebenarnya berkongsi sokongan yang sama.

Kejayaan terbesar rakyat di 2008 ialah dapat memaksa PAS dan DAP yang jauh perbezaan ideologi untuk duduk bersama melawan BN. Platform Pakatan Rakyat sebenarnya dibina atas perkara ini – PKR pula menjadi orang tengah.

Selama ini, BN mudah mengalahkan pembangkang kerana PAS dan DAP enggan bekerjasama. Apabila mereka sudi duduk bersama, Umno-BN menggunakan pelbagai cara untuk memisahkan mereka.

Kerana perbezaan ideologi yang ketara, PAS dan DAP perlu ada sesuatu di antara mereka untuk bergantung hidup pada satu sama lain supaya dua-dua parti boleh berunding. Di 2008, perkara itu ialah peluang untuk menguasai Selangor.

Namun pada 2013, keperluan itu hilang kerana tindakan Saari Sungib dan Hasnul – dan kerana itu, Pakatan Rakyat bergolak.

Seperti kata Tun Dr Mahathir – undi Melayu selalu berpecah, undi kaum Cina selalu menjadi penentu di dalam pilihan raya Malaysia.

Dilihat daripada reaksi merata media sosial selepas krisis MB Selangor, nampak gayanya kaum Cina kini bersatu menolak PAS dan juga Umno.

Tetapi bagaimana pula situasinya dengan pola pengundian kaum Melayu? Apakah mereka masih akan berpecah seperti dulu, atau bersatu, selepas pergolakan politik besar ini? DAP dan PKR perlu memikirkan perkara ini sedalam-dalamnya kerana besar impaknya.

Kepada PKR, DAP dan PAS, jangan selalu "look for short-term gains and lose sight on your long term goals."

Ketahuilah bahawa Umno-BN sedang ketawa terbahak-bahak

Tiada ulasan: