"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bank gelabah, Polis pening kepala: ATM dah tak selamat, RM0.8 juta lesap dalam 2 hari

KUALA LUMPUR: Dua lelaki dipercayai warga asing disyaki melesapkan RM303,000 daripada dua mesin juruwang automatik (ATM) di sebuah bank di Petaling Jaya, Sabtu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Azmi Abu Kassim berkata perkara itu terbongkar selepas seorang pegawai bank berkenaan membuat semakan susulan kejadian serupa yang menimpa cawangan bank berkenaan di selatan tanah air juga pada hari Sabtu.

"Pada kira-kira 6.30 petang semalam, setelah selesai membuat 'balancing' bersama pengurus cawangan bank berkenaan, pegawai bank itu mendapati sejumlah RM33,500 telah dikeluarkan melalui penggunaan kad ATM manakala RM303,000 lagi lesap dipercayai akibat mesin ATM digodam.

"Baki yang tinggal dalam mesin ATM itu hanya RM3,500," katanya ketika dihubungi BERNAMA.

BERNAMA melaporkan, Ahad, sejumlah RM530,600 wang tunai di dua buah ATM sebuah bank yang sama di Johor dan Selangor 'hilang' apabila digodam Sabtu dipercayai menggunakan sim kad telefon dan teknologi canggih.

Azmi berkata mengikut pemeriksaan terhadap rakaman kamera litar tertutup, pegawai bank itu mendapati dua suspek itu telah membuka bahagian atas dua mesin ATM dan memasukkan sesuatu ke dalamnya kira-kira 12.30 tengah malam semalam," katanya.
-Bernama-

Tiada ulasan: