Radzi Razak
Barisan Exco baru Menteri Besar Azmin Ali mengumumkan barisan exco barunya dengan penjenamaan baru beberapa portfolio Exco negeri. Azmin turut mencantumkan beberapa portfolio untuk tingkatkan prestasi dan jamin produktiviti Exco terbabit.
Beliau memberi contoh Exco kanan Datuk Teng Chang Kim dan Iskandar Ab Samad yang memegang portfolio yang baru dijenamakan dan dicantumkan.
Teng kini memegang portfolio baru iaitu Perindustrian (Industri Kecil & Sederhana) dan Perdagangan di sampig melepaskan portfolio Kerajaan Tempatannya.
"Datuk Teng Chang Kim sebelum ini tumpukan kepada perindustrian pelaburan. Kita rasakan IKS ini sesuatu yang penting untuk jana pertumbuhan ekonomi Selangor.
"Dengan pengalaman dan kepakarannya, beliau ada boleh membantu pertumbuhan negeri," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat Exco hari ini.
Sementara itu Iskandar pula mendapat portfolio yang dijenamakan semula iaitu Kehidupan Bandar yang sebelum ini dikenali sebagai Peneroka Bandar.
Berikut merupakan senarai penuh Exco Selangor dan portfolio mereka.
- Kewangan, pembangunan tanah, pengurusan sumber alam, majlis tindakan ekonomi selangor dan penerangan: Azmin Ali.
- Pelaburan, Perindustrian (IKS) & Perdagangan dan Pengangkutan: Datuk Teng Chang Kim.
- Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar: Iskandar Ab Samad.
- Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna: Elizabeth Wong Keat Ping.
- Kerajaan tempatan, pemutihan kilang haram dan pembangunan kampung baru: Ean Yong Hian Wah.
- Hal ehwal agama Islam, jawatankuasa adat melayu, pembangunan desa dan kampung tradisi: Ahmad Yunus Hairi.
- Kesihatan, Kebajikan, hal ehwal wanita dan keluarga: Dr Daroyah Alwi.
- Kemiskinan, kerajaan prihatin dan pekerja ladang: V Ganabatirao.
- Pendidikan, pembangunan modal insan, sains dan teknologi dan inovasi: Nik Nazmi Nik Ahmad.
- Generasi muda, sukan, kebudayaan dan pembangunan usahawan: Amirudin Shari.Infrastruktur, kemudahan awam dan industri asas tani: Zaidy Abdul Talib.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan