"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Nik Abduh kena basuh kaw-kaw dengan Ketua Dewan Pemuda PAS Kota Bharu

Dr Rosli Allani Abdul Kadir
Selaku Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat penggal pertama dan Ahli Parlimen Pasir Mas penggal pertama, Dewan Pemuda PAS Kota Bharu berpendapat lebih aula bagi YB Nik Abduh menumpukan perhatian kepada tugasan selaku Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan Ahli Parlimen Pasir Mas.

Tugasan selaku Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat ada medan utamanya, iaitu Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

Tugasan selaku Ahli Parlimen Pasir Mas ada medan utamanya, iaitu sidang Parlimen.
Prestasi pimpinan dinilai berdasarkan kepada kerja buat mereka, bukan berdasarkan kepada kerja cakap atau kerja tulis mereka.

Mengambil semangat bulan bulan haram khususnya bulan haji ini, SERTA garis panduan arti dalam mengeluarkan pandangan, sebaiknya YB Nik Abduh mengamalkan puasa Maryam di kala virus memporak perandakan keutuhan kerjasama PR terus mencari mangsa yang seterusnya.

Jika pun YB Nik Abduh mahu bersuara maka bersuaralah di dalam kapasiti dan nada yang lebih bersesuaian dengan jawatan dan kedudukan.

YB Nik Abduh adalah Timbalan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat. Selaku Timbalan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, suara YB Nik Abduh sewajarnya lebih positif, lebih membina dan lebih ke arah membawa perpaduan, bukan ke arah membawa perpecahan.

Kita baru sahaja selesai bermuktamar. Masih jelas di telinga kita ucapan dasar Datuk eri Tuan Guru Presiden yang menyebut: “PAS pernah bersendirian dan bertahaaluf dengan pihak lain dalam kerajaan dan tanpa kerajaan. Dalam semua keadaan ini PAS tidak pernah rugi, kerana kita sentiasa beristiqamah di atas dasarnya yang kukuh dan matlamatnya yang nyata.”

Dewan Pemuda PAS Kota Bharu tidak faham bagaimana YB Nik Abduh boleh menyatakan bahawa PAS tetap hidup dan berjaya dalam hidupnya walaupun PAS dibuli sentiasa, bahawa PAS memenangi banyak pilihan raya dan memerintah beberapa negeri, dan bahawa PAS juga terus melebarkan pengaruhnya di mana-mana, bukan disebabkan (not because of)
tahaalufnya tetapi di sebalik (in spite of) tahaalufnya (walaupun dibuli).

Bagaimana mahu dikatakan PAS dibuli jika PAS beroleh untung bertahaaluf dengan PKR dan DAP?

Dewan Pemuda PAS Kota Bharu berpendapat, tidak ada banyak manfaatnya YB Nik Abduh enyuarakan di dalam media sosial perihal PAS dibuli oleh PKR dan DAP.

Dakwaan seperti “Waktu susah PAS diminta tolong. Waktu senang, PAS ditinggalkan, disalahkan dan dibuli” dan dakwaan seperti “Masih dalam PR pun, mereka membakar masyarakat dan penyokong PR agar membenci PAS” perlu dikemukakan ke dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

Datuk Seri Tuan Guru Presiden menyebut di dalam ucapan dasar beliau: “Oleh yang demikian, dengan merujuk kepada syarat–syarat tahaaluf yang diputuskan oleh Majlis Syura Ulama PAS SERTA hukum tertinggi PAS, maka PAS akan terus istiqamah dengan tahaaluf siyasi bersama Pakatan Rakyat selama mana tidak berlaku pelanggaran syarat yang telah digariskan.

Justeru Nabi Muhammad saw telah mengajar kitam maksudnya: “Seorang muslim wajib menunaikan persyaratan yang telah disepakati kecuali persyaratan yang mengharamkan yang halal atau menghalalkan yang haram.”

Jika YB Nik Abduh mempunyai bukti bahawa PKR dan DAP telah melanggar syarat–syarat tahaaluf yang telah digariskan, beliau seharusnya membawa perkara ini ke dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat akan datang.

Bukanlah bijaksana namanya menyebut-nyebut: “Bila tiba-tiba PAS tukar angin, tiba-tiba PAS marah pada DAP, saat itu DAP akan rugi. DAP akan rugi lama. Mungkin undi Cina dan India akan bertukar. Mereka jadi cuak dengan DAP. Mereka rakyat yang mahukan
keamanan, kebenaran dan setiakawan dalam kehidupan. Itu pandangan saya. DAP akan rugi lama jika PAS marahkan DAP.”

Sedangkan Datuk Seri Tuan Guru Presiden baru sahaja menegaskan di dalam muktamar lalu
bahawa “PAS akan terus istiqamah dengan tahaaluf siyasi bersama Pakatan Rakyat”.

Jika beliau tidak dapat membawa sebarang bukti, seharusnya beliau menjunjung tinggi penegasan Datuk Seri Tuan Guru Presiden itu.

Bukanlah berhemah namanya menyebut-nyebut: “Jika tiba-tiba DAP jadi kawan UMNO.” Sedangkan soal DAP mahu jadi kawan UMNO atau tidak itu adalah soal DAP sendiri, bukan soal PAS.

PAS adalah abang tua kepada PKR dan DAP. Selaku abang tua, pimpinan PAS perlulah lebih bijaksana mengawal emosi. Tidak perlulah kita melayan semua kenyataan yang dibuat oleh adik-adik kita. Yang perlu dilayan oleh kita hanyalah kenyataan rasmi yang dibuat oleh mereka sahaja.

DPPKB berpandangan Lajnah Tarbiyah Pas Pusat perlu menitikberatkan Tarbiah Masya'iriah, dalam menyantuni perkara berkaitan menjaga emosi khususnya dalam kita bertahalluf ini.

Sebelum mendakwa kita dibuli, perlu juga kita menyemak diri kita dulu. Bagaimana jika pihak yang kita dakwa membuli kita mendakwa kita yang sebenarnya membuli mereka.
Bagaimana jika mereka bangkitkan tulisan kita (YB Nik Abduh) di dalam media sosial pada 19 Mei 2013 ini: “Adalah baik jika PAS bertanding di semua kerusi parlimen di Kelantan demi menjamin pertambahan kerusi PAS dan PR dalam PRU akan datang. Baik juga untuk peringkat DUN walaupun keperluannya tidak begitu meruncing. PKR masih boleh berperanan di dalam pentadbiran negeri Kelantan.”

Akhirnya, Dewan Pemuda PAS Kota Bharu menggesa semua pihak di dalam parti menghayati dan mengamalkan saranan Datuk Seri Tuan Guru Presiden di dalam muktamar lalu ini: “Media baru dalam dunia tanpa sempadan ini sepatutnya dimanfaatkan untuk tujuan dakwah dan tarbiyah bagi memperbetulkan manusia dan mengembalikan manusia ke jalan yang benar.”

------
Dr Rosli Allani Abdul Kadir ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Kota Bharu

29 September 2014

Tiada ulasan: