"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Data bocor – Putrajaya beli perisian pengintip syarikat penggodam, intip rakyat

Maklumat bocor menunjukkan bahawa Pejabat Perdana Menteri (PMO) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) antara pelanggan perisian pengintip daripada Hacking Team, syarikat teknologi maklumat di Milan, Itali.

Perkara ini didedahkan selepas Hacking Team menjadi mangsa penggodam yang mencuri 400 gigabait data syarikat dan membolehkan ia dimuat turut di akaun Twitter syarikat itu sendiri.

Antara data dicuri termasuk senarai syarikat dan invois-invoisnya.
PMO, SPRM dan "Malaysia Intelligence" (risikan Malaysia) antara termasuk dalam senarai itu, menurut CSO Online.

Menurut lebih data daripada pengguna Twitter di Medium.com, SPRM membelanjakan lebih daripada RM500,000 untuk membeli sistem yang dinamakan Da Vinci itu.

Dokumen bocor itu juga menunjukkan SPRM membayar 102,122.50 Euro untuk sistem itu pada 2011 dan kemudian Euro 38,500 untuk memperbaharuinya pada 2013.

Da Vinci beroperasi dengan memperdaya pengguna membukanya.

Apabila diaktifkan dengan pembukaan fail komputer, ia akan menjejak, memerhati dan memuat turut maklumat daripada komputer mangsa.

Dokumen disiarkan juga menunjukkan bahawa langganan SPRM telah tamat tempoh manakala PMO dan "Malaysia Intelligence" masih aktif.

Badan pemantau kebebasan media Reporters Without Borders (RSF) yang berpangkalan di Paris pada 2013 menamakan Hacking Team antara “musuh korporat di Internet”.
-malaysiakini-

1 ulasan:

Hj Aduka berkata...

Dah lama tak dengar berita Ahmad Maslan 3.85? Hidup lagi ker? Sihat tak? Makan ubat banyak-banyak, bila sihat nanti jangan asyik merapu dan mempamerkan kebodohan kamu. Makan Kismis tu, sehari 7 biji sahaja. Sebelum makan, bismillah dan selawat 3 kali. InsyaAllah.