"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Najib akhirnya tersudut ke jalan buntu? 3 daripada 6 akaun dibeku milik PM


Selepas pukulan mengejutkan The Wall Street Journal (WSJ) pada minggu lalu, nasib Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini dikatakan seperti telur di hujung tanduk.

WSJ melaporkan AS$700 juta (RM2.6 bilion) dana 1MDN disalurkan ke akaun didakwa milik Najib sebelum pilihan raya umum lalu.

Najib menafikannya.

Bagaimanapun ia gagal memberhentikan kritikan menggunung dan bertali arus yang terus mendesak beliau berundur selepas enam tahun mentadbir negara.


Malaysiakini bercakap dengan dua penganalisis politik Khoo Ying Hooi (Universiti Malaya) dan James Chin (Universiti Tasmania) berhubung perkara itu.

Malaysiakini: Adakah Najib berdepan jalan buntu?

Khoo (gambar): Jawapan pendeknya, ya. 1MDB bukan hanya mencetuskan kegemparan di kalangan pembangkang tetapi juga orang awam secara umum.

Tetapi apa yang lebih penting, ia turut menggegarkan gabungan parti pemerintah BN.

Chin: Tidak juga, apa yang beliau perlu buat adalah nafi dan selagi Majlis Tertinggi Umnbo dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terima, beliau (Najib) selamat.... Hanya TPM boleh paksa beliau letak jawatan.

Tetapi beliau tidak dapat berundur kerana ia boleh beri tanggapan beliau bersalah terhadap dakwaan-dakwaan dilemparkan dan ia boleh undang pemburuan terhadap beliau dan anggota keluarganya. Pandangan anda?

Khoo: Dengan meletakkan keadaan politik dalam keadaan tidak menentu, apatah lagi nilai ringgit kini terendah sejak 1998, persoalannya sama ada beliau bersalah atau tidak tidak lagi sesuatu yang paling penting kerana keburukan telah pun berlaku.

Kenyataan tidak jelas dan maklumat diberikan kepada orang ramai dalam isu ini telah menggegarkan kepercayaan awam di tahap paling rendah.

------------------------------------------------
Sumber: 3 daripada 6 akaun dibeku milik PM

Pasukan petugas khas mendedahkan bahawa ia telah membekukan enam akaun bank yang berkaitan dengan dakwaan bahawa RM2.6 bilion dana 1MDB telah dipindahkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Manakala pasukan itu tidak menyatakan pemilik akaun berkenaan, Malaysiakini difahamkan bahawa tiga daripadanya adalah milik perdana menteri.

Ini menurut sumber yang biasa dengan siasatan tersebut.

"Ya, tiga akaun kepunyaannya (Najib)," kata sumber itu dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan.

Bagaimanapun, sumber itu enggan mendedahkan butiran mengenai tiga akaun lain.

Pembekuan akaun itu ekoran penyiasatan selama empat hari oleh empat badan yang terdiri daripada Bank Negara, polis, Jabatan Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ini dibuat selepas laporan Wall Street Journal (WSJ)mendakwa AS$700 juta (RM2.6 bilion) telah didepositkan ke dalam akaun peribadi Najib.

Pada hari Sabtu, dilaporkan bahawa Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mengesahkan pasukan petugas itu juga membuat serbuan ke atas tiga buah syarikat pada hari Jumaat dan merampas dokumen dari pejabat mereka.

Tiga syarikat itu ialah SRC International Sdn Bhd, Gandingan Mentari Sdn Bhd, dan Ihsan Perdana Sdn Bhd.

Perdana Menteri telah menafikan dakwaan tersebut dan menuduh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di belakang sabotaj politik terhadapnya.

Beliau juga telah mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pengkritiknya, dan sedang menimbang untuk menyaman WSJ.

WSJ mempertahankan laporannya, dengan berkata ia berdasarkan penyiasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa Malaysia.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: