"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mahathir kutuk Menteri Luar kerana tidak tahu malu

najib_Anifah-Aman_600PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengutuk Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman kerana tidak tahu malu apabila media luar memburukkan negara ini.
Katanya, akhbar di Amerika Syarikat dan London telah terlebih dahulu membuat kritikan terhadap negara dan Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi Anifah tidak pula merasa malu.

“Media barat dan akhbar terkemuka di Amerika dan London pernah menyiarkan rencana panjang sehingga empat muka berkenaan skandal 1MDB, Najib dengan cara hidup mewahnya, Jho Low sahabat karibnya dan Riza Aziz, anak tirinya yang membiayai filem lucah “The Wolf of Wall Street,” tulisnya dalam blog.

Dr Mahathir berkata, Anifah tidak pula berasa malu dengan semua laporan itu sehingga tidak ada sepatah kata pun disuarakan.

New York Times baru-baru ini menyiarkan kritikal Dr. Mahathir terhadap Najib dan sebagai menteri bertanggungjawab hal ehwal luar negara, Anifah menganggap perbuatan itu memalukan negara.

Dr. Mahathir menekankan, pihak yang harus malu ialah Najib kerana masih gagal menjawab skandal yang dilemparkan terhadapnya.

“Di negara lain, skandal seperti ini yang melibatkan seseorang pemimpin, dia tetap akan letak jawatan dan pohon maaf. Tetapi di Malaysia ada orang yang mempertahankan pemimpin tanpa sebab, hanya kerana keselamatan jawatan,” tulisnya.
-fmt-

Tiada ulasan: