"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Selepas pendedahan WSJ, hanya PAS boleh selamatkan Umno - Bekas naib presiden PAS, Datuk Nakhaie Ahmad

Bekas naib presiden PAS, Datuk Nakhaie Ahmad (gambar) mendakwa hanya PAS sahaja yang boleh selamatkan Umno sekarang melalui kerajaan perpaduan (UG).
"Saya sudah keluar Umno. Hanya PAS sahaja yang boleh selamatkan Umno melalui UG yang sedang dirancang.

"Eloklah tu. Boleh sama-sama kongsi ghanimah," tulis Nakhaie melalui Facebook beliau hari ini merujuk kepada istilah membawa maksud harta rampasan.

Tulisan Nakhaie dibuat ketika presiden Umno Datuk Seri Najib Razak sedang dirundung malang selepas akhbar perniagaan antarabangsa, The Wall Street Journal (WSJ) mendedahkan wang 1Malaysia Developement Berhad (1MDB) disalurkan ke dalam akaun peribadinya.

Semalam, Sarawak Report pula mendedahkan gambar Najib bersama seorang ahli perniagaan, Low Taek Jho dan keluarganya bercuti di atas kapal mewah.

Pada masa yang sama, PAS juga diambang perpecahan selepas kumpulan yang disingkirkan dari pucuk kepimpinannya baru-baru ini sedang merangka pembentukan parti baharu.

Pemimpin utama PAS pula sering dilihat membela Najib dalam banyak hal termasuk pendedahan media antarabangsa WSJ.

Nakhaie meninggalkan jawatannya sebagai naib presiden PAS dan menyertai Umno pada 1989 selepas berbeza pendapat dengan presiden PAS ketika itu, Yusof Rawa.

Namun begitu, pada Ogos 2014, Nakhaie yang pernah dilantik sebagai pengerusi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) bertindak keluar Umno.
-malaysianinsider-

Tiada ulasan: