Tranungkite
Umumnya, sidang Jumaat tidak berkata-kata atau bercakap ketika Khatib berkhutbah Jumaat. Yang bercakap juga, sama ada budak-budak atau orang dewasa yang jahil. Biasanya Tok Bilal berpesan agar sidang Jumaat jangan berkata-kata ketika khutbah disampaikan agar tidak hilang pahala Jumaat. Tetapi apa yang berlaku ketika khutbah yang kedua?
Sebagai memenuhi rukun khutbah, khatib akan berselawat dan mengajak para sidang Jumaat berselawat bersama-sama. Apa yang berlaku? Umumnya sidang Jumaat tidak ikut berselawat. Masing-masing berdiam diri sambil mendengar khutbah yang sampai penghujungnya.
Situasi ini berlaku atas dua keadaan. Pertama, sidang Jumaat malas berselawat. Kedua, salah faham tentang pesanan agar jangan berkata-kata ketika khatib sedang berkhutbah. Dukacitalah andai sidang Jumaat berat mulut untuk berselawat ke Nabi s.a.w. Lagi mendukacitakan andai begitu jahil umat Islam di negara kita untuk membezakan antara bercakap-cakap dengan berselawat ke atas Nabi s.a.w.
Justeru, para ustaz, bilal atau khatib sewajarnya perbetulkan salah faham ini. Saya lebih yakin ini adalah salah faham atas kejahilan. Sama-samalah diperbetulkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan