"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bekas Pesuruhjaya PAS Sabah beserta 40 orang lagi sertai Amanah

SANDAKAN: Beberapa pemimpin dan anggota PAS di negeri ini yang diketuai Hamzah Abdullah keluar dari parti itu dan menyertai Parti Amanah Negara (Amanah).
Hamzah yang merupakan bekas Pesuruhjaya PAS Sabah dan pengasas awal PAS di Sabah dilantik sebagai Pengerusi Amanah Sabah.

Mereka menyerahkan borang keanggotaan kepada Naib Presiden Amanah, Hasanuddin Mohd Yunus di sini, Isnin.
sabah-amanah
Hamzah ketika ditemui pemberita berkata antara anggota PAS yang menyertai Amanah ialah bekas Naib Ketua Pemuda PAS Negeri, Harris Alimuddin dan Ketua Penerangan PAS Semporna, Mohd Shaman Palah.
Katanya mereka merupakan antara 40 orang kumpulan awal Sabah yang menyertai Amanah.

Menurutnya pada peringkat awal, enam cawangan Amanah telah ditubuhkan di kawasan Batu Sapi.
-mstar-

Tiada ulasan: