"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Warga asing amuk kerana isyarat lucah pemandu Myvi (Gambar)

FMT Reporters 
warga-asing,-isyarat-lucah,-tukar-lorong
PETALING JAYA: Satu rakaman menunjukkan pertengkaran membabitkan seorang warga asing dengan pemandu Myvi warga tempatan tersebar di media sosial.

Kejadian dikatakan berlaku di Lebuhraya Seremban-Kuala Lumpur, pada Ahad (semalam).

Berdasarkan video yang dimuat naik dalam laman sosial Friends of BN- Barisan Nasional, warga asing terbabit ‘naik angin’ apabila wanita yang duduk bersebelahan pemandu di dalam kereta berkenaan didakwa menunjukkan isyarat lucah padanya.

Menerusi percakapan pada visual yang dirakam wanita berkenaan, warga asing itu turut menyatakan dia telah memberi isyarat untuk menukar lorong.

Bagaimanapun, ia tidak diendahkan oleh lelaki yang memandu kereta terbabit sehingga menyebabkan mereka hampir bergesel.

Malah, menambahkan lagi kemarahan warga asing itu apabila penumpang wanita itu dikatakan terlebih dahulu menunjukkan isyarat lucah menggunakan jari.

Akibatnya, berlaku pertengkaran antara pemandu kereta terbabit sebelum warga asing itu bertindak memecahkan cermin kereta lelaki itu.

“Saya menunggang motosikal dan awak begitu hampir melanggar saya, saya beri laluan guna isyarat lampu tapi awak balas dengan isyarat lucah?

“Perkara ini tidak akan berlaku jika dia (wanita terbabit) tidak menunjukkan isyarat lucah kepada saya,” kata warga asing itu dalam nada tinggi.
video

---------------------

Penunggang Motosikal Berang Dalam Video Viral Akan Didakwa
KAJANG: Polis menyelesaikan kes penunggang motosikal warga Britain berang di jalan raya, yang melibatkan dua rakyat Malaysia di Lebuhraya KL-Seremban.

Satu video pertengkaran antara warga Britain berusia 39 tahun, pemandu dan tunangnya menjadi viral di media sosial.

Dalam video berkenaan, warga Britain yang menunggang motosikal Harley, dilihat menengking pemandu MyVi dengan mendakwa pemandu kereta itu nyaris melanggar motosikalnya.

Kemudiannya, pemandu dan penumpang di dalam kereta menunjukkan isyarat lucah kepada penunggang motosikal terbabit.

"Anda nyaris langgar saya, saya kata jangan dan dia (menunjukkan ke arah seorang penumpang) beri saya isyarat lucah. Siapa anda?" katanya yang kelihatan bercakap di dalam video berkenaan.

Warga Britain itu mendesak pemandu supaya keluar dari kereta untuk bersemuka, manakala pemandu MyVi memberi respons dengan kuat, meminta penunggang motosikal tersebut mengikutnya ke balai polis.

Pemandu MyVi kemudiannya menghubungi bapanya dan bertanyakan sekiranya mempunyai "rakan polis", sebelum memaklumkan bahawa lelaki berkenaan telah memecahkan cermin depannya.

Insiden itu, di mana polis berkata, berlaku dekat susur keluar lebuh raya di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada kira-kira pukul 6.30 petang, berakhir tanpa penahanan.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Willey Richard berkata, suspek dijangka didakwa di mahkamah majistret pada Selasa atas kesalahan merosakkan harta benda dan ugutan jenayah.
-mstar-

Tiada ulasan: