"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."
JANGAN GUNA GOOGLECHROME JIKA ADA GANGGUAN MALWARE


IKLAN Hubungi: gigitankerengga@gmail.com


IKLAN TEKS

IKLAN TEKS Cuma RM10 Sahaja Hubungi: gigitankerengga@gmail.com

Baiknya Hati Najib ....

Baiknya Hati Najib ....
Shahbudin Husin
Apa nak dikata lagi mengenai perlantikan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa sebagai CEO Yayasan Kesederhaan Global atau GMM selain mengatakan bahawa ini merupakan tanda Najib Razak memang seorang pemimpin yang sungguh baik hatinya.
Ini kerana CEO sebelum ini, Saifuddin Abdullah meletakkkan jawatan itu sebaik beliau menyertai PKR.

Tindakannya meletakkan jawatan tentunya kerana sedar perlantikannya dahulu memegang jawatan itu adalah kerana beliau ahli UMNO, parti yang sedang menguasai kerajaan yang Perdana Menterinya juga adalah daripada UMNO.

Lantaran itu, apabila menyertai PKR, beliau dengan sukarela mengundurkan diri kerana merasakan tidak cocok sebagai ahli parti pembangkang memegang jawatan itu berikutan parti baru pilihannya tiada kaitan apa-apa dengan UMNO dengan mengetuai kerajaan Pusat.

Namun Najib kini melantik Nasharuddin yang rasanya masih lagi ahli Pas menggantikan Saifuddin. Walaupun perlantikan itu adalah hak mutlak Najib yang mengasaskan penubuhan GMM dan beliau boleh memberinya kepada sesiapa saja yang dikehendakinya, keutamaan tentunya diharapkan kepada ahli UMNO juga menggantikannya.

Tetapi kerana sikap baik hatinya yang luar biasa, Najib tidak memilih pemimpin atau ahli UMNO atau mana-mana individu tidak berparti yang pro UMNO untuk jawatan itu, sebaliknya ahli Pas yang sudah tiada jawatan dan kedudukan jadi pilihannya.

Kasihan juga kepada ahli dan pejuang-pejuang setia UMNO, tiadakah di kalangan mereka yang seramai lebih 3 juta itu yang layak menjadi CEO GMM?

Mereka berpanas berhujan, gigih mempertahankan parti, tidak lupa berkempen dan mengundi calon pilihan parti ketika pilihanraya dan berhimpun dengan baju merah untuk menunjukkan sokongan kepada Najib, alih-alih yang "baju hijau" juga dapat habuan.

Parti mana agaknya yang diundi oleh Nasharuddin dalam pilihanraya umum yang lalu dan apakah pula pilihannya dalam pilihanraya umum akan datang, walaupun selepas dilantik sebagai CEO ini?

Apakah dengan perlantikan Nasharuddin yang dikenali rapat dengan Hadi Awang dan Dr Haron Din ini merupakan laluan awal kerjasama politik antara UMNO dengan Pas?

Siapa lagi agaknya selepas ini ahli daripada parti pembangkang lain yang akan diberikan apa-apa jawatan oleh Najib?

Kepada pejuang-pejuang setia UMNO yang tidak dapat apa-apa, redha sajalah dengan semua ini dan marilah bersama melaungkan "Hidup UMNO" dan "Hidup Najib" sebagai meraikan perlantikan Nasharuddin itu. 
http://shahbudindotcom.blogspot.my

Tiada ulasan: